Tuesday, December 15, 2009

SUSAH vs SENANG

Susahnya Nak Buat Dosa
Kalau nak ke disko bukan murah
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge
Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je
-----------------------------------------------------------------------------------------
Senangnya Nak Buat Pahala
Kalau gi masjid tu, free je
Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi
-----------------------------------------------------------------------------------
Susahnya Nak Buat Dosa
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)
Silap2 silap kena tangkap basah
Ha... Boleh masuk paper free..Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru
---------------------------------------------------------------------------------------
Senangnya Nak Buat Pahala
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose
Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,siap dapat jimat duit lagi
Pose tu kan boleh kekang nafsu
Cume tak masuk paper je
Tapi insyaAllah masuk syurga.Laaagi best!!!
--------------------------------------------------------------
Susahnya Nak Buat Dosa
Mengumpat tu best kan ? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni
Tapi,ngumpat punye sedap, keje tak jalan
Yang keje tu, bos tengok,abis kena haruk
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah lak kena umpat
-------------------------------------------------------------------------------------
Senangnya Nak Buat Pahala
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa
-----------------------------------------------------------------------------------
Susahnya Nak Buat Dosa
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat2
--------------------------------------------------------------------------
Senangnya Nak Buat Pahala
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan
Takyah nak sibuk2 tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru, kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan. Mane lagih best?
------------------------------------------------------------------------------------------------
Susahnya Nak Buat Dosa
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu" Ha'ah! Hidup la ko kat neraka
Hehe...Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,manusia pun lebih-lebih lagi
Kalau tipu duit lagi parah.Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap2 kantoi, kena ganti
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Senangnya Nak Buat Pahala
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat
malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya
Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka
Hidup pun aman bukan dalam ketakutan. Bahagia je
--------------------------------------------------------------------------
Susahnya Nak Buat Dosa
Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak study tu, study nih
Carik peguam tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.Tapi dusta belaka
Ingat upah sana upah sini tu murah ke? Banyak ooo abiskan duit
Walaupun bukan duit rakyat,bukan duit sendiri. Hehe..........
Dahla hidup kena laknat,siap booking name sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!
---------------------------------------------------------------------------------------------
Senangnya Nak Buat Pahala
Cukup senang kalau pakai hukum Allah
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit
takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.Tak payah nak fikir2 nak rangka rang undang-undang baru
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.Selain tuh, hidup pun diberkati
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka
Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah. InsyaAllah........

Renung-renungkanlah...
Wallahu a'lam...

bisik-bisik: sama2 saling ingat mengingati di antara dengan yg lain..

2 comments: