Friday, October 9, 2009

KoLeKsI LaWaK

Tokei Kedai

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...

"woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe
kesian dia kan?

------------------------------------------------------------------------------------------
Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..
----------------------------------------------------------------------------------
Kisah Diganggu ROH (seram neh)

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masuk kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikut masuk. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.

Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.

Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia ..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?" Kata kawanku.

"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak....."
----------------------------------------------------------------------------------------
Amat, Abu dan Budin

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak tembikai 10 bijik"

bisik-bisik: hehheheheh..ketawalah anda selagi anda mampu untuk berketawa..nnti nikmat ketawa dh x ada..anda pasti rindu n masa tu anda akan berasa sedih...sesungguhnya ketawa itu adalah penawar di kala sedih,pilu..dn jgn pula terlebih ketawa..nnti gila plak..hahahahah..(btul ka nih)...blasah ja labu..

No comments:

Post a Comment