Friday, March 11, 2011

Alkisah cerita MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah negara dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka, tidak ada seorang pun yang malas.

Jadi pada suatu hari, Rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang paling malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku dia paling malas
Lelaki 1 : "saya adalah yang paling malas tuanku"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lelaki 1 menjawab : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Raja pun berkata : "kamu memang pemalas hinggakan makan pun perlu disuap."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi
Lelaki 2 : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?
Lelaki 2 menjawab : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan tuanku".
Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang pula seorang budak lelaki sambil berkata
Budak Lelaki : "dalam ramai2,saya adalah yang paling malas skali tuanku".
Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab dengan selamba muka seposen : "Adus,nak cite pun malas tuanku"
Raja pun tecengang : "@#&*!$+@$!##^&!(^#^)"

No comments:

Post a Comment