lagi isu pasalTUDUNG...cik ah terbaca dlm fb..mcm best dan nk kongsi bersama..jom kita baca...rasanya boleh kot kalo kita guna ayat ni bila hadapi kes mcm di bawah...xsalahkan untuk ke arah kebaikan...
~Ye sampaikan walau sepotong ayat, biar manapun mereka telah mengetahui tetapi sekadar untuk peringatan moga yang diketahui akan mengingatinya kembali apa yang telah diketahui.
Sampaikanlah walaupun di mana level kita, janji sesuatu yang saling memperingati antara satu sama lain.
Jangan tunggu sampai diri lengkap dan sempurna dalam beribadah kepada Allah swt kerana diri kita tidak mungkin akan kecapi kesempurnaan tersebut.
Jika penantian itu yang dinantikan maka sampai bilakah kita perlu memperingati antara kita?
Dan pastinya sampai MATI akan tidak tercapai~
BACA TAU SAMPAI HABIS..WALAUPUN PANJANG SGT PENJELASAN DI BAWAH INI :)
Berikut merupakan 10
alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang
WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga
ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat,
confirm masuk neraka.
2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami.
Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti
tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi
mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?
3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi.
Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya
menayang sehelai rambut.
4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap
sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup
untuk menjamin kita ke syurga?
5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak
susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami,
saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama
anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.
6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan
Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu
depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.
7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan
photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia
biasa daripada patuh suruhan Allah?
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih
belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru
lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat
nak bertaubat nanti.
9. Takkan nak buat perubahan secara drastik?
Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti,
"Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"
10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu
hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit.
Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat
Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan
Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting
WAJIB buat!
Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang
tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah
dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge
a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga
solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang
suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa
perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki
ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda
juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak
membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu
diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata
untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah
yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar
tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul
berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah
di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda,
tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada
tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai
buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat
tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak
memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai
buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan
insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).
Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup
aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan
anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita
membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia
adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha
pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan
ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa
yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu
dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada
orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang
diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin
berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh
wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu
ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari
hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan
dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas
atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai
diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan
yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat
secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar
keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira
sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya
BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia
terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas
alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu
menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau
dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah
lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia
berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan
mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata
lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia
sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan
dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan
sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya
bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah
terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa
kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih
panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka,
atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang
yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

sumber: fb bercinta selepas bernikah
bisik-bisik: rasanya terjawab sudah bagi persoalan pasai Tudung ini..cik ah rasa penerangan kat atas tu dah cukup paham,padat,jelas dan penuh makna...sekalung tahniah kepada sapa yang buat penjelasan ni..susunan ayat yg bagus beserta hadis dan bukti...alhamdulillah...yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu drp cik ah sendiri..