Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

CARA NAK COVER TIME JATUH

1.kalo tersepak batu
Jangan terus bangun,sebalik nyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal:
cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. kalo terjatuh dlm longkang:
pungutlah sampah yg ada sambil pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...

5. kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda...

6. kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..kalo takde..baring terus sampai mlm dan takde org lagi kat bus stop tu...haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula...

7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kat sebelah anda) utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu... ye tak

sumber: email uitm

Wednesday, October 19, 2011

Jenis-Jenis Motor

Jom baca kat bawah nih...

klik imej utk proses tumbesaran..

sumber: mukabuku

bisik-bisik: alhamdulillah harap2 minggu ni..(arini atau esok)dh bleh settle dlm lab ni..leh kemas n clear apa yg patut..so dh bleh naik atas kembali (hea)..rindu kat meja opis ku..kat sebulan lebih dok mastautin kat bawah ni..harap2 pasni xla bz sgt..nk focus utk failing pulak..dh belambak atas tray tuh..n xsabaq nk cotii..satg cik blog nk kuar p imegresen...huhuhu...

Saturday, September 24, 2011

APA AKAN JADI KALO BINATANG ADA FACEBOOK!!! agak2 apa status mereka kan???

NYAMUK : baru abis ronda umah Ajoi..kenyang ..brup...

CICAK : isteriku tersepit dicelah pintu..sobs~

KUCING BETINA : anak i yg ke-5 baru tnya sapa bapaknye. i bingung nk jawab ape..i sendiri lupe bapaknye sape..

AYAM: kawan...kalo esok aku x update status..beerti aku udah digoreng..i luv u all..jgn lupe wat knduri arwah untuk aku ye...

NYAMUK: siot...sekali drug addict gua hantam..Gua positif  HIV AIDS...uwaaaaa~

KUCING: baru je add awek sebelah umah..keturunan PARSI beb!!!

BABI: aku benggang betol la...dye gi pijak taik kucing tp name aku yg disebutnye...wei bro ! len kali siasat dulu le sape yang berak kt depan umah ko...tension2

sumber: mukabuku

Friday, March 11, 2011

Alkisah cerita MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah negara dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka, tidak ada seorang pun yang malas.

Jadi pada suatu hari, Rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang paling malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku dia paling malas
Lelaki 1 : "saya adalah yang paling malas tuanku"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lelaki 1 menjawab : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Raja pun berkata : "kamu memang pemalas hinggakan makan pun perlu disuap."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi
Lelaki 2 : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?
Lelaki 2 menjawab : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan tuanku".
Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang pula seorang budak lelaki sambil berkata
Budak Lelaki : "dalam ramai2,saya adalah yang paling malas skali tuanku".
Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab dengan selamba muka seposen : "Adus,nak cite pun malas tuanku"
Raja pun tecengang : "@#&*!$+@$!##^&!(^#^)"

Monday, January 24, 2011

Lawak KFC Pendang

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger apa lagi.. kalau tak lagi teruk.. aku rasa.. si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org.. kalau hampa tak caya keadaan ni.. hampa pi la pendang tengok.. sampai sekarang tak surut.. dan dengar cereta.. coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau.. manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”

Moralnye : Cakap bior terang or masuk kandang kambing mengembek and masuk kandang kerbau kena apa yek????…….pepaham sendiri la…

Sumber : email uitm - oleh Naz Canduriking ( Facebook ) pada pada 26hb Oktober 2010 pukul 3.00 ptg

Thursday, October 14, 2010

INILAH AL-KISAH TENTANG BUNYI ‘HON’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon? Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya. Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK
pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit
(biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG
pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG
pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
4 X atau lebih HON PENDEK
pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!.. TILAM LAMA, TUKAR BARU..TIIILAAAM!TIIILAAAAM!”

Sunday, November 15, 2009

Kalau Malas Ketawa...Senyum Pun Jadi Lah....

Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Cerita 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat .. ' Assalamualaikum ' ' Walaikumsalam ' ' Ni rumah encik Sameon ye? ' Ya saya' ' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ' ' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Cerita 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Cerita 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. 'Atok buat apa tu?'. 'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

Cerita 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

bisik-bisik: layan...bg sapa yg tension tu..okla..cm aku gak..kdg2 stress bkeja...heheheeh

Wednesday, October 21, 2009

F.A.K.T.A L.A.W.A.K

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

bisik-bisik: ya ka..aku pn pening gak bc ni mula2..n br tahu..hahahahahaha..

Friday, October 9, 2009

KoLeKsI LaWaK

Tokei Kedai

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...

"woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe
kesian dia kan?

------------------------------------------------------------------------------------------
Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..
----------------------------------------------------------------------------------
Kisah Diganggu ROH (seram neh)

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masuk kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikut masuk. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.

Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.

Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia ..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?" Kata kawanku.

"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak....."
----------------------------------------------------------------------------------------
Amat, Abu dan Budin

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak tembikai 10 bijik"

bisik-bisik: hehheheheh..ketawalah anda selagi anda mampu untuk berketawa..nnti nikmat ketawa dh x ada..anda pasti rindu n masa tu anda akan berasa sedih...sesungguhnya ketawa itu adalah penawar di kala sedih,pilu..dn jgn pula terlebih ketawa..nnti gila plak..hahahahah..(btul ka nih)...blasah ja labu..

Monday, September 14, 2009

Pemerhatian Ah Beng di Pusat Beli Belah.. (aku rasa apek ni tuju kat org melayu ni)

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan sosial yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka(tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka tatau apa mau cakap lagi wOOOO

bisik-bisik : btul cakap apek tu..aku sokong..heheheheh...zaman sekarang ni macam2 orang n macam2 pesen yang kita boleh tgk..mmg PELIK TP BENAR..tp itu lah hakikatnya..

Wednesday, September 2, 2009

Surat Perletakan Jawatan dari Seorang Operator

JULIANA BANOUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG.
19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1) Saya kerap dibuli oleh senior.
2) Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3) Lagu 5’S tidak masuk dalam carta ERA.
4) Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5) KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6) Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7) Kalau setakat nak keja kilang,lebih baik tak payah ambil SPM.Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8) Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!!Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9) Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut.KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10)Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratur BOLEH TAWAF satu kilang..
11)Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu....Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12)Boss kadang2 ok kadang2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KOT TAK SANGGUP DENGAQ KOT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG. ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG............... !!!!

bisik-bisik: hahahhha..lawak la..kalo betul la surat ni mmg depa bg kat bos..aku rasa bos pn tergelak sama baca surat ni..n tah terus pengsan...kikikikikiki...mmg sempoila...