Showing posts with label suara hati. Show all posts
Showing posts with label suara hati. Show all posts

Monday, January 5, 2015

sekian lama...berjaya jugak

Ptg kelmarin masa cik ah keluaq ngan Mak..nk p perubat kampung n tengah tggu kawan Mak siap..cik ah beranikan diri tnya Mak..actually nk tnya Mak sendiri lama dah...dari tahun lepas g..cuma xberani..xyakin nk tnya Mak soalan tu

Cik ah: sat ja kan Mak..ni dh awai bulan 1 pastu hujung bln pastu masuk bulan 2 tngah tahun tup2 hujung tahun..(ayat mukadimah)...ermm Mak orang nk kawin Mak tahun ni...

Mak: haa baguihla dok tggu apa lagi..tmpang aku dok ada sebelah mata..teringin nk tgk jgk hampa kawin (cik ah ngan kak Milah)...esok lusa aku xdak hampa dokla 2 orang hampa dua beradik..

Cik ah: nk kawinla tp nk kawin ngan sapa Mak..org xdak calon..Mak tlgla cari sat

Mak: hang xberkawan ka..

Cik ah: xdakla Mak..kalo Ada org dh ajak kawin dah pun..

Mak: yang dulu2 dok kata kawan tu..

Cik ah: (dlm hati) uish Mak ingat lg ka si amin tu...huhuhu..xdak dah Mak ooii..hat kawan dulu dah kawin dh Mak oii..

Mak: kawan2 hg dok main badminton tu..

Cik ah: (pandai jgk Mak ni)..tp btoila dulu masa nk mula main cik ah bgtau mak..cik ah ngan Maz ja pompuan..yg lain laki..
Ermm..kawan badminton ramai yg dah kawin Mak..smua laki org Mak..yg Ada pn 2 3 org ja yg xkawin g..umoq baya dan (adik dan)...pastu yg lain studentla..

Cik ah: Mak carila sat..dulu yg ndak rekemen tu dia dh merajuk..

Mak: merajukla dah hang kata nk jmpa keluaq buat apa...mcm penting ja..

Cik ah: aik..ni mesti ndak habaq dkat Mak..tu org xsuka bila ndak nk rekemen org..Ada saja xkena..Mak dengaq sebelah pihak ni..Laa..org keluaq pa ngan budak tu..Mak tau dia mula2 jumpa dah bleh suruh org terima dia n ajak kawin..ish..gila ka pa..mula2 nk jugak berkawan..nk kenai dulu...ni dak..ajak kawin teruih..sapa yg nak mcm tu..

Mak: dah hg ckp mcm tu..dia merajuk la...

Cik ah: ermm tula Mak dengar sebelah ndak ja..Mak xtnya org..org mesej call hp dia xjawab..merajuk..org jgk yg salah..xpala Mak..dh xdak jodoh orang ngan dia..
Kak Milah xmau kawin ka..

Mak: dulu Ada orang masuk..orang kita kak hg tolak..dua org kot ..tidak elok dah pun..

Cik ah: ermm kak Milah xmau lg la kot Mak..ntah dia dok tengah berkawan kot..

Mak: nak tunggu sampai bila..

Tu lah perbualan singkat cik ah ngan Mak..xsempat abih sebab kawan Mak dah naik keta..cik ah perasan..Mak lap mata Mak..suara Mak sebak,sedih mcm teriyak masa mula kami bersembang..huhuhu..soryla Mak..orang bukan saja2 nk bagi Mak teriyak..sedih...sambil Mak sembang ngan kawan Mak..dok perasan la Mak dok sapu mata dengan kain tuala kecik :(

orang bukan xmau kawin mak..huhuhu..sapa yang xmau kawin kan..kdg2 kalo tengah berkawan, tp kalo xdak jodoh xdak jugak kan.,.sama la jugak..kalo xberkawan tup2 jodoh dah sampai..kita hanya mampu merancang.. Allah s.w.t penentu segalanya..rezeki,ajal,maut,jodoh semua kuasaNYA... isnyaAllah mak..sama2 kita doa dan usaha..semoga Allah permudahkan urusan org nnti :) aminn

bisik-bisik: orang xdak niat nk bagi nak sedih n susah hati :( orang mintak maaf tau

Tuesday, December 16, 2014

Nikmat Allah itu Luas

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami/isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah memudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (diatas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah memudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya

sumber: fb ustazah siti khadijah

Friday, November 14, 2014

Salam Jumaat

"Jangan terlalu meyayangi seseorang, 
kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,
kelak kita akan menyayanginya."

Friday, November 7, 2014

K.U.A.T

Jangan mengaku kau wanita yang kuat
Jika airmata sendiri pun tak mampu kau kesat


Wednesday, November 5, 2014

~ P.E.R.C.A.Y.A ~

Kata seorang rakan;
Apa yang paling sakit ialah aku percaya yang dia takkan tinggalkan aku

Akhirnya dia tinggalkan juga
Disini yang paling sakit bukanlah rasa ditinggalkan
Tapi rasa percaya itu
Ya rasa percaya sesama kita

Tuesday, November 4, 2014

~MENJADI PEREMPUAN~

Agaknya menjadi perempuan memang begitu
selalu ditinggal beribu batu
sering ditipu bertalu - talu
sanggup telan perit hempedu
mampu bertahan sampai kematu
senyum diwajah, dihati siapa yang tahu

kredit to ig yun :) pinjam sat

Tuesday, June 5, 2012

BERSYUKURLAH



(ihsan pak cik google)


Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan kamu

Bersyukur pada orang yang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu

Bersyukur pada orang yang x mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari

Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu

Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu

Bersyukur dengan segala ujian dariNya kerana semuanya meningkatkan iman kamu


bisik-bisik: aku bersyukur pada mu ya Allah..

Sunday, May 27, 2012

Terima Kasih Ya Allah


" Ketika Allah rindu pada hamba-Nya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.” –                              
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

bisik-bisik: Allahuakbar...Allah Maha Besar...Terima kasih Ya Allah..

Tuesday, September 27, 2011

Adalah lebih baik bagi seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada mengahwini lelaki yang dicintai

Monday, September 26, 2011

Janji Allah

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji,perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik,Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri,maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.