Friday, September 11, 2009

CiNtA>kAsIh>SaYaNg>HaTi




CINTA (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

CINTA (selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH (sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

KASIH (selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG (sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama

SAYANG (selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI (sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

HATI (selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

TETAPI YG SEHARUSNYA IALAH :

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal sblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

bisik-bisik : Cinta yang pasti,kekal,selamanya hanya kepada Allah s.w.t

Tuesday, September 8, 2009

Cuti,Cuti,Cuti !!!

isnin lepas pn dapat cuti lagi sbb nuzul Al-Quran..x semua negeri dapat..x silap aku kedah x cuti..nasib png dapat cuti..hhheheh...so mcm minggu lepas jgkla..3 hari bercuti..

05.09.09 sabtu
hari tu xpi mana-mana pun..dok umah ja..so ptg tu sempatla masak untuk juadah berbuka puasa..menu ptg tu..aku buat mee kari..n mak plak buat roti telur..walaupun mak bkn penebar roti yg terror..heheh..tp sedap tau...sampai xcukupla..walaupun mak dah buat kira sorang sekeping..hehheheh..aku plak wat mee kari..buh ayam ja..kerang xdak..itu pn kebetulan ja nak buat..kalo btul2 rancang sempat la nk cr kerang..so nasib baikla ada fish ball n fish cake yang beli kat tesco aritu..so kuah mee kari aritu aku buh ayam+fish ball+fish cake&ubi kentang..heeheh..macam chef plak..aku ngan mak cm nila..kalo hari xpi mana2..hari tu kami akan masak la..n adala menu2 baru yang kami cipta ..hahahahaha..blasah ja labu..janji sedap..hehehehe
---------------------------------------------------------------------------------
06.09.09 ahad
hari ahad plak pagi tu aku sibuk mengemas bilik aku..hheheeh..lgpn dh lama xkemas..lama jgkla..hahahaha..kira cm wat 5S jugakla..sbb buang apa yang xmau..aku ni plak suka simpan bnda yang tah apa2..kdg2 sayang nak buang..pastu simpan ja dlm laci tu..sampai berkurun..last buang jgk..heheheh..tp kali ni dh xamik benda2 yang x penting..trus buang ja..kan dh jimat ruang...hahahhah..ptg tu dlm pkul 4.30 kuar ngan mak..mak ajak pi kedai bunga..xpn senang ckp kedai peralatan nak kawin..kat pdg serai..jauh kan..punyala bnyk kedai tu kat area umah aku..kat sunway,bm...nak jgk pi yang jauh..tahla..mak aku dh beli dkt situ..n pandai plak cina tu wat promosi beli bnyak barang nnti bagi sewa brg kat situ..contoh dulang&pelapik..xpn bunga pintu gerbang..hhahhahha..mak aku xabih lagi cr barang kawin abg akula..
kisah murtabak
sblm pi situ..mak ajak pi pasar ramadhan kat desa murni..konon kuar awai nak pi la beli murtabak sedap.."murtabak junjung"..peh..mmg sedapla..rm2.00 ja..n tebal..bg aku mmg harga berpatutan+sedap..ingatkan dh awal kuar..sbb kalo balik keja..mmg komfirm la xsempat nak beli sebab abih awal..last..mmg hampa la..xdapat gak..dh abih..padahal tgk besen dia mmg ada lagi tepung n rencah yg xbuat lagi..bila tanya..katanya suma org dh order..fuh..bayangkan..mmg tokei tu pandai bajet la..n org nak beli untuk esok dh pesan dh hari ni..haahaha..mmg komfirmla cepat abih..pastu tokei tu ckp kat mak aku..len kali tepon la dulu..mak aku ckp no xdak..last dengan selamba tokei tu bg no hp kat mak aku...hahaaha..kalo nak nnti order dulu..pastu br pi amik..mudahkan..gamaknya tokei tu pn dh kenai ngan mak aku..yala..selalu p nak beli..asyik abih ja..n mak aku tanya buka pkul brapa?pkul 2 depa ni dh mula bakar murtabak tu...fuh..gilanya awai kan..x terpikir plak depa mai awai..pastu trusla ke padang serai n singgah pasar ramdhan kat pekan padang serai..
--------------------------------------------------------------------------------
07.09.09 isnin
pagi bangun pkul 8.30..heheh..konon awal la..bangun awal nak cuci tingkap umah..kan dh nak raya..itula rutin aku setiap thn nak raya..cuci tingkap..hahhha..nmpk sgt cuci sekali setahun ja kan...okla 2..drp xcuci langsung...ehheheh..pemalas cm tu la..pas cuci tingkap kemas umah apa yg patut..tghari mak ajak pi hospital png..ptgk sepupu mak xcident..pakcik salleh tu bawak lori..n ngantuk langgar lori depan..suma ok..cuma pakcik salleh patah hidung ja..n arini akan wat operation..bg hidung tu elok balik..aku,mak n mak ndak pi skali..mula tok nak ikut..last xjd..sbb tok rs xsedap bdn..nk demam kot..nnti kalo p jgk..takut balik xlarat n demam trus..p dlm waktu bleh melawat..cukup time kul 2 trus balik..
perfume
sblm mai hospital dh rancnag nak pi kedai perfume kat png..area jety opposite balai bomba..dh alang2 dh mai png..kalo nak mai beli saja..mmg xmai dah..kebetulan plak perfume aku dh abih..n slalu kalo malas sgt aku gagah jgk pi sorg..paking keta dkt jety blah sini..pastu nek feri n jln pi kedai tu sorang2..dh lama la aku pakai perfume tu..yg bestnya bleh pakai smayang..sbb tu aku beli n pakai..dulu rajin jgak beli yg bodyshop..tp xtahu la leh pakai ka x smayang..so dh jumpa yg ni..alhmdulillah sampai skrg..mcm2 ada jenama cam jenama mahal2..cm pilih ja mana brkenan..harga not bad..murah sgt..botol kecik yg aku beli..harga dr rm10-rm20 kalo botol kecikla..harga ikut jenama perfume..kalo yg latest lagi mahal sket..yg aku amik slalu rm10 ja..hehehhe..1lg kebaikan dia bau thn lama.sbb tu sampai skrg aku suka beli..n botol yang kosong kita dh pakai leh tolak balik kat kedai tu..dia amik rm1 satu botol..okla kan..abih tu trus balik umah..sampai umah pn kul 3 lebih dh..dh letih ptg xmasak pn..pkul 6 ajak kak milah pi pasar ramadhan taman pauh beli juadah..nak masak mak pn dh xlarat n x rancang pun..so beli ja

bisik-bisik: sekejap ja dh masuk pertengahan bulan ramadhan...xlama lagi dh nak masuk 10 malam akhir ramadhan..malam lailatulqadar..malam yang penuh dengan keberkatan n yang dinantikan2 oleh semua umat islam..jika dapat berbuat kebaikan dan amalan2 sunat pada malam ni..insyaAllah dijanjikan oleh Allah ganjaran dan pahala yang banyak...mudah-mudahan..amin..

Friday, September 4, 2009

Kisah Penjual Tempe

Semoga menjadi iktibar bagi kita semua.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagi Allah tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMU agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMU. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, " Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.
Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah

bisik-bisik:Allah Maha Mendengar,Pengasih&Penyayang kepada semua umatNYA

Wednesday, September 2, 2009

Surat Perletakan Jawatan dari Seorang Operator

JULIANA BANOUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG.
19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1) Saya kerap dibuli oleh senior.
2) Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3) Lagu 5’S tidak masuk dalam carta ERA.
4) Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5) KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6) Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7) Kalau setakat nak keja kilang,lebih baik tak payah ambil SPM.Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8) Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!!Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9) Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut.KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10)Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratur BOLEH TAWAF satu kilang..
11)Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu....Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12)Boss kadang2 ok kadang2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KOT TAK SANGGUP DENGAQ KOT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG. ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG............... !!!!

bisik-bisik: hahahhha..lawak la..kalo betul la surat ni mmg depa bg kat bos..aku rasa bos pn tergelak sama baca surat ni..n tah terus pengsan...kikikikikiki...mmg sempoila...

Tuesday, September 1, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari Cuti Di Rumah!!!

sabtu - 29/08/09
hari cuti kat umah..kn cuti 3 hari sbb isnin tu merdeka day....ptg br kuar ngan mak..mula pi tesco beli barang dapur pastu pi kedai "azmi perabut" kat kg petani p cari katil&almari untuk bilik abang..ya lah..pas raya ni sekejapja masa berlalu..n xlama lagi..bln 12 abang aku nak kawin..so kena cari lagila brg yang xcukup lagi..dh abih di kedai perabut.tgk jam pn dh pkul 6 dah terus ke pasar ramadhan "parit busuk" @ "ban busuk"..heeheeh...pelk kan bunyi dia...aku pn xtau pasaipa depa panggil macam tu..hanya org yg dok kawasan ni ja yg tahu..heeeheheh..tp 2la..parit tu xla busuk sgt..
-------------------------------------------------------------------------------------
ahad - 30/08/09
pg ahad tu mcm besa p market bm..beli lauk untuk stok 1 minggu..sebenarnya aku dh lama dok mencari telur sotong yg mentah yg mcm nasi kandaq juai tu...hahhah..sampai sekarang xdapat lagi..nk beli yg dh siap,..tahu je lah..mahal n sikit ja..makan pn xpuas sgt..sbb tu nk cari yg mentah n balik masak sendiri sepuas-puasnya..haahaha..thn lepas mak beli 1kilo RM35.00..kira dlm 1 paket..dapat mmg best la..masak ala2 cm mamak jgak la..hahahaah..sedap tuh!!!cm ni mkn nasi lauk sahur telur sotong ni pn xpa dah...kebetulan smlm..maznah bgtau yang dia beli telur sotong tu dkt market bm..tp knapa time aku pi dah xdak...haiya,.apek...jgn ini mcm la.apek tu pn bagtau sekarang susah nak dapat sbb mahal sgt.maybe mamak2 nasi kandar pakat angkut banyak2 kot..sbb tu abih..hehehe..sory mamak..saja cakap ja..nasib baik aku x kawin lagi n mengandung..tidak ngidam jenuh la..heheheh..pastu dah xdak..teringat plak kak yah ada bgtau yang dkt market kepala batas ada jual..aku apa lagi..terus la pecut ke kepala batas..mak ok ja..sampai2..bertapa hampanya..xdak jgk..xpala..maybe bkn rezeki aku kot..dh alang2 dekat situ..beli la rempah untuk masak..cakap ja nak masak apa..suma ada..n bgtau jumlah berapa org yg nak mkn..aku ngan mak pn jarang pi beli rempah kat situ..xsilap tmasuk smlm kira 2 kali la..apalagi..pk la plak rempah apa yang nk beli...tgk ada senarai rempah..mcm2 la..ayam bakar,daging,ayam ros,masak kicap,pesamah,ikan kering..macam2 ada..last pk punya pk..aku suh mak aku amik ayam bakar,rempah sup&daging masak ros..pas beli terus balik umah..xdapat telur sotong..dapat jgk rempah..so pasni selamat masak&mencuba resepi baru la..hehhehe..suka..!!!
-------------------------------------------------------------------------------------
isnin - 31/08/09
tghari mak bgtau tok&maksu nak ajak pi kemboja, kulim..tok nak pi cari tudung raya kot..hehehehe..sakan tok aku ni..b4 pi amik tok..pi care4 dulu..sbb aritu ada lg brg yang xabih beli..ikutkan slalu tiap2 bln pi care4 ja beli brg..tah cmna leh ubah pikiran nak pi tesco plak..pas zohor kat umah tok trus ke kemboja kulim..org punyala ramai..ya la..masing2 pakat dok cari baju raya..walaupn lebih kurang lg 20 hari nk raya..tok beli tudung&telekong sembahyang,mak su dapat jubah,mak xbeli pa pun.teman ja..aku beli jgk telekong sembahyang kain cotton..masa tu hujan turun dengan lebat jgakla..pas shopping,alang2 dh dekat situ terus ke pasar ramadhan kulim..beli apa yang patut..n terus balik antar tok&maksu n trus balik umah..

bisik-bisik: aku cm nila..slalu cuti ada saja mak ajak pi mana2..jln2..hahaha..jd driver sat..tp aku suka..elok la..anak beranak suka jalan..

Hantaran Al-Quran

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

-------------------------------------------------------------------------------------
Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

bisik-bisik: cita ni amik dr blog diana..aku copy ja..credit to diana...sbb best cita ni n membawa maksud yang mendalam..renung2kanlah