Friday, October 8, 2010

PROTON TARIK GEN 2 DAN NEO

PROTON tarik Gen2, Neo
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2010/10/08

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Ni Plak Komen org ramai

fahmi ramli
Kereta saya Gen2 1.3 keluaran 2006 sudah pun terbabit dalam masalah ini. "Clock spring' pada stereng kereta saya bermasalah sejak Disember 2009 dan pada Mei lalu saya terpaksa menukarnya dengan yang baru selepas hon dan alarm kereta berbunyi tanpa henti. Masalahnya saya tidak tahu ia kerosakan oleh Proton dan ketika itu Gen2 saya sudah tamat tempoh jaminan. Jadi saya menukarnya di bengkel mekanik dengan harga kira-kira RM400. Malangnya, sebentar tadi, saya menelefon Proton dan pegawai bertugas memberitahu Gen3 1.3 tidak termasuk dalam senarai dipanggil balik itu.

mohd zamri zamri
tahniah datuk..sememangnya pronton di bawah datuk byk perubahan n ke arah kereta berkauliti..bangga dgn datuk.

Abdul Aziz bin Yunus
Kenapa lama sangat masa diambil untuk mengesan masalah pada kenderaan proton, tambahan masalah yang berkaitan keselamatan.Saya adalah pemilik Proton Persona tidak berpuashati dengan perkhidmatan Pusat Servis Proton kerana gagal menyelesaikan masalah pada tombol gear yang berpusing dan bunyi seperti geseran apabila menekan pedal clach, ianya menggangu pemanduan

aizat syafiq
terima kasih proton kerana menyedari masalah ini..banyak nyawa pelanggan proton dapat diselamatkan..

nizam
Bahaya ni.Adakah kes kebakaran kereta gen 2 yang di paparkan dalam buletin utama malam tadi berkaitan dengan masalah ini?

wan
tak kan gen 2 dgn neo jer..saga blm pun byk problem gak..start beli smpai skrng ada jer rosaknya..puas dah komplain macam2..kete baru jer tp mcm kete lama..alahai proton..pusat service pun xmesra langsung..anta service kete bau rokok..

sri siantan
terima kasih kerana berani mengambil tindakan yg berani & tepat. semoga semuanya selamat

kimie
tahniah proton kerana mengutamakn pembeli model gen 2 n neo yg mhadapi masalh clock spring..apapn keselamatan di utamakan..ini adalh 1 tindakan yang bijak dan drastik.

sharil ashraf
tahniah proton kerana membuat langkah pencegahan terbaek dan berani mengeluarkan kenyataan terbuka ini- semoga pasaran ke luar negara dpt di kembangkan lagi, khusus ke negara2 dunia ke-3 yg mana dpt mengembangkan nama gah negara kita

D.Zulkifli bin Tukiman
Salam, untuk pengetahuan tuan kereta saya dari mula beli banyak masaalah yang timbul..kenapa tak dapat ganti kereta baru? kalau saya makluman kepada umum pihak proton pastinya mendapat imej yang buruk.

hasbullah latiff
sesuatu yg baik dilakukan oleh proton demi menjaga mutu dan nama baik proton, juga keselamatan pelanggan.

Lim
Bagus Proton tindakkan tepat, saya pasti ramai yang akan kritik selepas ni tetapi usah takut buat yang terbaik.

yusuke urameshi
saya antara pengguna kereta proton d Malaysia sangat-sangat berterima kasih dengan keperihatinan pihak Pengurusan Proton Malaysia.

mai cik blog merangkap cik empunya kereta nk komen plak..
keta aku enjin tahun 2006..tp aku beli tahun 2007..selama ni ok ja..bln 7 thn ni..masa aku nk balik umah time rehat tiba2 hon keta aku bunyi..last aku panggil tech tgkkan..ok plak..aku bawak n bunyi lagi..last aku tinggai keta n call penolong pensyarah fkm..katanya dulu dia pnah keta tech proton...last dia cabut 1 plug..plug hon kot..so okla hon dh xbunyi..cumanya lepas tu radio kdg2 kita on..dia off sendiri, alarm pn kacau..bila start enjin..asyik bunyi ja..enjin kdg2 bunyi jgk..mcm bedengung ja..bila kita pusing stereng bunyi dlm stereng tu..
aku p proton utk check..n depa kata part tu kn order dulu n jumlah suma rm249.94..so aku bayar deposit rm125.00..
pas raya aku call proton tanya bila spart part nk sampai..n org proton bgtau mmg proton ada masalah part tu n katanya bln oktober akan ok..so aku ttgula dr bln 7 hingga smlm..org proton call..bgtau spart part dh ada.. n harga dh naik jadi rm 465.00 lebih kurang cm tu la..sbb kononya depa dh upgrade bnda tu..kalo aku ok..depa nk order barang n set temujanji la..aku ckp nnti dulu sbb nk cmfirm n tanya adik aku dulu..
n paper harini plak bgtau..keluaran 2004-2008 kn check n free..n aku call proton tanya mcmana cerita kan..1st depa kata nnti depa check balik n akan call aku balik..td dlm 12.10 tghari depa call..katanya PLAT KETA AKU X SENARAI DALAM LIST DEPA..wah...hebatnya alasan..mcm tu ka..abihtu keta aku ni model lain ka..thn 2010 ka..alahai...sabar..sabar..aku apalagi..naik angin jgkla..n depa kata depa akan bincang balik ngan bos..sampai sekarang xcall2 pn..balik umah aku try jgk call talian bebas tol proton i-care tu..mcm hampeh..asyik bz ja..huhuhu..so aku nk tnya pendapat kawan2..apa patut aku buat???tlg bg sat pendapat/komen bernas ka..apa2 yg patut utk aku..selama keta aku problem paling jauh aku pi sampai kulim ja..x beranila nak jalan jauh2..dulu mai keja n balik keja ja..kesian kat mak aku la..xsilap hujung bln ni mak nak ajak p umah maktam kat sg buluh, selangor..maktam aku wat open house merangkap dia nk pindah umah..aku bgtau mak..kalo keta ok..aku berani pi..kalo x ok jgk..mmg cmfirm xp la kan..harap2 suma okla..kesian kat mak aku..

bisik-bisik: dh 2 kali dh aku pakai keta PROTON..jadi mcm ni..nak wat cmnakan..ini ja mampu..nak pakai yg lain..paham2 la..org kata ukur baju badan sendiri...huhuhu..xpn ada org nk tlg sponser x...huhuhuhu..Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku ini...amin...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Teman pon senasib dgn awk...kereta Gen2 teman mengalami masalah yg sama dan terus terang teman tak tahu langsung ttg perkara hntar balik kereta Gen2 kalu de masalah2 tersebut.Mmg benar lah org kata ttg made in malaysia ni...masa jual punya lah proma bagaikan tiada apa2 masalah tp bile dah setuju...aduh bagaikan terkena serangan jantung bile setiap kali pergi wat rawatan d Proton service...mengalahkan hospital swasta.Pesan teman pd awk satu...jgn ler hantar pd Proton Service lg sb diaorg ni cekik darah dan ckp tak serupa bikin...modal nak besar kalu g sana cam hntr kereta mewah...pe2 pon sbr bnyk2 dan tension2 sb lg tension kalu kite hntr kat diorng.Slam maulidur rasul.ade masa skodeng ler blos teman d sentapmenyentap.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. dah 2x clock spring rosak. hampasgas punya proton clock spring. mmg x de kualiti langsung..

    ReplyDelete