Sunday, October 31, 2010

FlaMiNg sTeAmBoAt

Tarikh : 24 Oktober 2010 / ahad
Tempat : Restoran Flaming Stemboat, Sunway Piramid

Masa : 5.30 petang


Sabtu lepas, aku,mak n abg p kl..sabtu tghari tu mak tam aku wat kenduri open house merangkap kenduri utk pindah umah..pak tam dh pencen..so dh kn kuar dr umah quarters penjara sg buloh tu..katanya mak tam dh cr umah sekitar situ jgk..kononya pas subuh nak btolak dr umah..last dekat 7.30 jgkla...mlm tu pas training badminton aku dh isi minyak penuh2..cuma nk + smart tag ja xdak kat situ..ingat nk p mlm tu jgk..last dh sakit gg sgt..aku tdo ja..esok pg singgah petronas sbrg jaya,beli nasi lemak n trus btolak..

sampai sana trus amik kak ipar dekat shah alam..pastu terus ke umah mak tam..dlm kul 5 ptg gerak dr umah mak tam ke umah kak zainah..esok pas sarapan aku,abg n kak zainah bincang n plan utk celebrated besday mak n kak syikin..mak dh lepas 07/10 n kak syikin esok tu 25/10..b4 mai sini..abg dh call bgtau kak zainah utk wat suma ni..last kak zainah bgtau nk mkn kat restoran flaming stemboat kat sunway piramid..mulanya mak cm xmau ja..sbb kedai tu buka kul 5.00ptg..so mcm dh lewat la..sbb b4 ni kalo dr kl nak balik png habis lewat pn pas mkn tengahari @ pas solat zohor..pas smyang asar trus ke restoran tu..

orang pn ramai jgk..tp nasib la dh booking kan..xsilap masa makan mkn adalah 2 jam..kalo ramai org sgt nnti dh cukup time dia akan bgtau..anak buah aku ckpla..tp kalo xramai org melantakla sampai dh betul2 kenyang..best la..mcm2 makanan yg ada..dr steamboat,nasi goreng, ice cream, ais kacang...maklumat lanjut p kat web ni http://www.flamingsteamboat.com

aku suggestkan kalo nk p mkn kat situ baik p dgn perut kosong..nnti leh melantak banyak2..tidak rugi la..bayar pastu mkn sket ja..bg aku yg xmakan seafood mmg rugila..aku cuma makan menu fish ball ja..tulah..anak buah aku ckp rugi ja bawak mak lang mkn sini..hehehe..

ni lah kedai tu..

udang ni utk sorg mkn tau..anak buah akunya..

siput apa ni...hehehe..

di antara makanan seafood yg ada..

udang...udang..

fish ball, crab ball,meat ball...

sama jgk..bnyk pilihan kan

pn ada lagi..xsilap ada 3pintu..

nasi goreng,koey teow goreng, ayam goreng,nugget n sayur

bihun,maggie, yee mee

pelbagai sos yg ada..

tgkla meja kami..heheh..penuh..

kek besday (syikin 26thn) (siti 57thn) ...
norashikin bt ramli (kak ipar)
25/10/1984

hjh che jam bt hj yahya (mak)
07/10/1953

my family...abg,kak syikin,mak,me n adik dan..kak milah xikut..

my family n family sis aku..family sis..yg xada atie..
jgn marah aa atie..hehehe
atie ada dkt uniten muadzam tgh amik exam..

pamplet utk restoren tu..saja aku amik..

Wednesday, October 27, 2010

alhmdulillah syukur..semuanya dh ok....

alkisah pasai keta aku tu..mai aku story sket..
lepas hari jumaat tu (yg aku wat n3 pasai keta aku tu)...sabtu esok tu aku try call trus ke proton i-care tu..nasibla masa tu line xbz..so br aku tau knapa nama aku xdak dlm list kat proton auto city tu..sbbnya:
1) mesti gen2 1.6
2) mesti keta auto
3) mesti ada airbag..
4) mesti tahun 2004-2008
keta aku suma ada kecuali manual saja..so xpala..punah abih harapan aku time tu..sbb itu syaratnya..tp yg aku marah sgt..knpala masa kuar paper hari ptama tu..xbgtau syarat2 tu..cuma bgtau suma keta gen2 n satria neo ditarik balik ja..xsilap paper kedua..keesokkan hari br depa bgtau yg keta auto saja..so aku tggu jelah call dr proton auto city tu..last depa pn xcall n bgtau apa2..adik aku try tnya kwn dia yg keja tech kat situ..so jumaat ptg aku p check keta kat auto city..n mmg aku kn bayar...org kaunter tnya aku nk wat aritu ka atau hari lain..aku bgtau wat minggu depan 19/10 selasa..

so aku pn apply cuti utk 19/10 tu..n wat appointment kul 8pg..8.20 aku dh kat situ..n sementara nk tggu keta siap..aku lepak dulu dkt mcd situ...dlm 9.30 org proton call bgtau aku yg spart part aku tu "clock spring" xdak stock..katanya ada mis comunication plak..antara org kaunter n org spart part..apa lagi berangin jgkla aku kan..nasibla dh abih mkn..so trus ke situla..org tu apalagi mintak maaf la kat aku..n janji esok brg akan sampai..sbb kononnya call urgent brg tu..yg sorg lagi tu (agak mmg bkn salah dia)..dok bgtau kt kwn sorg tu yg aku ni dh amik cuti smata2 nk repair keta..kira rugi la..last aku balikla..xkan nk menganga lagi kat situ..cuma aku ckp..apa2pn bnda ni mesti settle b4 jumaat..sbb sabtu&ahad aku dh janji ngan mak nk p kenduri kl..umah mak tam aku..n depa kata ok..mcm2 janji plak tu..siap nnti kalo brg dh ada..depa call,br aku p n keta msk terus dlm bengkel..xyah tggu turn dh...wah..dh salah kan..hehehe

sapa yg x hangin kan..mmgla tujuan utama aku cuti tu utk p servis keta..kedua nk bawak mak aku p tabung haji n last aku nk check gg aku..kira xsia2 la aku cuti kan..so tggu la aku hari rabu tu..sampai ptg aku tggu proton xcall pn..last aku call terus..tu pn dh dkt pkul 5 dh..n alasan org tu...eh saya br ja nk call cik..n 1lg..brg xsampai lg...ptg ni kot akan sampai..esok plak..aku pn dh mls la nk call..mak aku kat umah dh bising2 tanya comfirmka keta akan siap..risau jgkla..sbb dh janji kan nk p kenduri..ptg kul 6 lebih proton call..n bgtau courier brg tu br ja sampai..so esok aku kn p servis dlm kul 9 pg..

dr hari selasa sampai jumaat jgkla br ok..tggu punya tunggu ingat sat saja..kat 3 jam lebih jgkla br siap..dh kul 11 aku tgk keta aku dh kuar dr bengkel..last tgk 2,3 org tech dok tgk keta..dlm hati ni mcm xsedap ja..risau jgk..jgn plak ada masalah nnti..aku call adik aku,suh dia tnya kwn dia yg keja situ..last aku tegur org yg incas tu..dia ckp keta aku xda masalah..cuma masalah depa ja..alhmdulillah suma settle dkt kul 12.30 jgkla..aku p kaunter n nk bayar..mula tu org tu ckp aku kn + duit lagi rm100.00..fuh..muka aku dh lain dh ms tu..tkejut jgkla..last dia ckp...dia melawak ja..cik xkena bayar n kami yg akan bg balik deposit aritu..fuh..tkejut jgkla..dlm hati ni suka sgt..alhmdulillah la sbb aku xyah kuarkan duit RM 464.00 ..siap dpt balik deposit RM125.00 yg aku bayar aritu..alhmdulillah..syukur sgt..berkat kesabaran aku..hehehe..selamat duit aku kan...

so aku pn tnya org tu knapa..dia ckp...dia(en samson) n cik nurul bincang ngan bos yg kes aku ni xyah bayar..adalah sbb musababnya..so aku nk ucapkanlah jutaan terima kasih utk en samson, cik nurul,mazlan(kwn adik aku) n tech yg pomen keta aku tu..thanks jgk kat proton auto city...

alhmdulillah berkat kesabaran,doa aku tiap2 hari...kesudahannya mcm ni..mula2 sapa yg xmarah kan..yelah..mcm2 sgt dugaan...tp elok la..dh banyak aku marah2 n maki org tu...hehehe..sory ya..kwn2 n adik bradik aku yg tau kes keta aku ni..siap kata n marah2 g..siap suruh aku report kat pengguna la,proton shah alam la..jumpa bos besaq la..hehehe..

hikmahnya..sabar bnyk2..Allah pasti tlg hamba2Nya..Allah dh tentukan apa yg terbaik utk hambaNya...cuma kita ja xtau n kn sabar bnyk2..

pesanan aku:
1)kalo bleh pihak proton tgk n check kes ni btul2..kesian dkt org yg mcm kes aku ni..yg kn masalah "clock spring" ni..exspecially yg bukan auto..xkisahla 1.3 ka 1.6..sbb masalah tu masalah yg sama.."clock spring" jgkkan..cuba pk cr inisiatif lain utk selesaikan masalah ni..nasib aku dh lepas..org lain xtahu la kan..

2)kalo bleh maklumat tu bgtau betul2 la..xkisahla kat radio,tv,paper..jgn bg kelirukn org..

bisik-bisik: harap2 keta aku akan okla sampai bila2..dh penatla..so keta dh ok..sabtu tu aku,mak n abg kl..nntikan n3 aku kat kl plak..hehehe..ha..kan dh jd karangan 300 patah perkataan dh..hehehe...nk wat n3 ni dh bnyk hari..tp asyik bz ja

Saturday, October 16, 2010

Noktah Cinta - Hafiz AF7

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

bisik-bisik:tiba-tiba rs nk letak lirik lagu ni..mcm best n ada makna yg tersirat ja ^t^

Thursday, October 14, 2010

INILAH AL-KISAH TENTANG BUNYI ‘HON’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon? Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya. Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK
pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit
(biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG
pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG
pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
4 X atau lebih HON PENDEK
pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!.. TILAM LAMA, TUKAR BARU..TIIILAAAM!TIIILAAAAM!”

Friday, October 8, 2010

PROTON TARIK GEN 2 DAN NEO

PROTON tarik Gen2, Neo
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2010/10/08

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Ni Plak Komen org ramai

fahmi ramli
Kereta saya Gen2 1.3 keluaran 2006 sudah pun terbabit dalam masalah ini. "Clock spring' pada stereng kereta saya bermasalah sejak Disember 2009 dan pada Mei lalu saya terpaksa menukarnya dengan yang baru selepas hon dan alarm kereta berbunyi tanpa henti. Masalahnya saya tidak tahu ia kerosakan oleh Proton dan ketika itu Gen2 saya sudah tamat tempoh jaminan. Jadi saya menukarnya di bengkel mekanik dengan harga kira-kira RM400. Malangnya, sebentar tadi, saya menelefon Proton dan pegawai bertugas memberitahu Gen3 1.3 tidak termasuk dalam senarai dipanggil balik itu.

mohd zamri zamri
tahniah datuk..sememangnya pronton di bawah datuk byk perubahan n ke arah kereta berkauliti..bangga dgn datuk.

Abdul Aziz bin Yunus
Kenapa lama sangat masa diambil untuk mengesan masalah pada kenderaan proton, tambahan masalah yang berkaitan keselamatan.Saya adalah pemilik Proton Persona tidak berpuashati dengan perkhidmatan Pusat Servis Proton kerana gagal menyelesaikan masalah pada tombol gear yang berpusing dan bunyi seperti geseran apabila menekan pedal clach, ianya menggangu pemanduan

aizat syafiq
terima kasih proton kerana menyedari masalah ini..banyak nyawa pelanggan proton dapat diselamatkan..

nizam
Bahaya ni.Adakah kes kebakaran kereta gen 2 yang di paparkan dalam buletin utama malam tadi berkaitan dengan masalah ini?

wan
tak kan gen 2 dgn neo jer..saga blm pun byk problem gak..start beli smpai skrng ada jer rosaknya..puas dah komplain macam2..kete baru jer tp mcm kete lama..alahai proton..pusat service pun xmesra langsung..anta service kete bau rokok..

sri siantan
terima kasih kerana berani mengambil tindakan yg berani & tepat. semoga semuanya selamat

kimie
tahniah proton kerana mengutamakn pembeli model gen 2 n neo yg mhadapi masalh clock spring..apapn keselamatan di utamakan..ini adalh 1 tindakan yang bijak dan drastik.

sharil ashraf
tahniah proton kerana membuat langkah pencegahan terbaek dan berani mengeluarkan kenyataan terbuka ini- semoga pasaran ke luar negara dpt di kembangkan lagi, khusus ke negara2 dunia ke-3 yg mana dpt mengembangkan nama gah negara kita

D.Zulkifli bin Tukiman
Salam, untuk pengetahuan tuan kereta saya dari mula beli banyak masaalah yang timbul..kenapa tak dapat ganti kereta baru? kalau saya makluman kepada umum pihak proton pastinya mendapat imej yang buruk.

hasbullah latiff
sesuatu yg baik dilakukan oleh proton demi menjaga mutu dan nama baik proton, juga keselamatan pelanggan.

Lim
Bagus Proton tindakkan tepat, saya pasti ramai yang akan kritik selepas ni tetapi usah takut buat yang terbaik.

yusuke urameshi
saya antara pengguna kereta proton d Malaysia sangat-sangat berterima kasih dengan keperihatinan pihak Pengurusan Proton Malaysia.

mai cik blog merangkap cik empunya kereta nk komen plak..
keta aku enjin tahun 2006..tp aku beli tahun 2007..selama ni ok ja..bln 7 thn ni..masa aku nk balik umah time rehat tiba2 hon keta aku bunyi..last aku panggil tech tgkkan..ok plak..aku bawak n bunyi lagi..last aku tinggai keta n call penolong pensyarah fkm..katanya dulu dia pnah keta tech proton...last dia cabut 1 plug..plug hon kot..so okla hon dh xbunyi..cumanya lepas tu radio kdg2 kita on..dia off sendiri, alarm pn kacau..bila start enjin..asyik bunyi ja..enjin kdg2 bunyi jgk..mcm bedengung ja..bila kita pusing stereng bunyi dlm stereng tu..
aku p proton utk check..n depa kata part tu kn order dulu n jumlah suma rm249.94..so aku bayar deposit rm125.00..
pas raya aku call proton tanya bila spart part nk sampai..n org proton bgtau mmg proton ada masalah part tu n katanya bln oktober akan ok..so aku ttgula dr bln 7 hingga smlm..org proton call..bgtau spart part dh ada.. n harga dh naik jadi rm 465.00 lebih kurang cm tu la..sbb kononya depa dh upgrade bnda tu..kalo aku ok..depa nk order barang n set temujanji la..aku ckp nnti dulu sbb nk cmfirm n tanya adik aku dulu..
n paper harini plak bgtau..keluaran 2004-2008 kn check n free..n aku call proton tanya mcmana cerita kan..1st depa kata nnti depa check balik n akan call aku balik..td dlm 12.10 tghari depa call..katanya PLAT KETA AKU X SENARAI DALAM LIST DEPA..wah...hebatnya alasan..mcm tu ka..abihtu keta aku ni model lain ka..thn 2010 ka..alahai...sabar..sabar..aku apalagi..naik angin jgkla..n depa kata depa akan bincang balik ngan bos..sampai sekarang xcall2 pn..balik umah aku try jgk call talian bebas tol proton i-care tu..mcm hampeh..asyik bz ja..huhuhu..so aku nk tnya pendapat kawan2..apa patut aku buat???tlg bg sat pendapat/komen bernas ka..apa2 yg patut utk aku..selama keta aku problem paling jauh aku pi sampai kulim ja..x beranila nak jalan jauh2..dulu mai keja n balik keja ja..kesian kat mak aku la..xsilap hujung bln ni mak nak ajak p umah maktam kat sg buluh, selangor..maktam aku wat open house merangkap dia nk pindah umah..aku bgtau mak..kalo keta ok..aku berani pi..kalo x ok jgk..mmg cmfirm xp la kan..harap2 suma okla..kesian kat mak aku..

bisik-bisik: dh 2 kali dh aku pakai keta PROTON..jadi mcm ni..nak wat cmnakan..ini ja mampu..nak pakai yg lain..paham2 la..org kata ukur baju badan sendiri...huhuhu..xpn ada org nk tlg sponser x...huhuhuhu..Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku ini...amin...

Thursday, October 7, 2010

hepi besday Mak !!!

harini 07 oktober..hari jadi mak yg ke 57 tahun..alhamdulillah sehingga kini mak sihat di samping anak2,menantu,cucu dan cicit mak..walaupn kdg2 kesihatan mak x mengizinkan..
ucapan ah sempena besday mak:
* semoga mak dipanjangkan umur...
(untuk bersama2 anak,menantu,cucu,cicit dan
adik bradik mak yg lain)

* mak dimurahkan rezeki..
* semoga mak sentiasa tabah&sabar untuk mendidik,membesar anak2 mak sehingga kini
(masing2 dgn kerenah masing2)
* mak sentiasa hepi,suka bersama kami..
* Allah permudahkan segala urusan mak di dunia &
di akhirat..amin..mudah2n..


mak posing dengan gerai..

1 family..masa raya br ni..

hadiah utk mak..ah n kak milah dh belikan masa sebelum raya br ni..mak sukakn purse tu..hehehe..insyaAllah..kalo ada rezeki lagi..nnti ah carikan hadiah lain utk mak..hehehe..

bisik-bisik: mak mesti hepi kan..insyaAllah hujung bln 11 mak akan dpt cucu baru..heheh..

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Raya Opis..

Tarikh : 04 Oktober 2010 (isnin)
Masa : 10.30 pagi hingga tengahari
Tempat: Opis HEA,Tingkat 8

akhirnya dapat jugak tarikh muktamad utk wat jamuan raya ni..dh berapa kali pinda tarikh..ya la..nk bg suma org ada..xspecially bos mesti adala..n aku mengoffer diri utk wat rendang ayam..bkn aku wat tau..mak aku..heheh..aku tlg kacau ja..hehehe..menu utama..nasi merah n laksa..menu sampingan lain rendang ayam,ketupat,lemang,kuah kacang,nasi impit,puding,kek,buah tembikai,rojak buah,tapai,kuih raya n spageti..minuman teh tarik, teh o n air oren..

semua staf hea,ahli kelab hea,urusetia peperiksaan dijemput utk jamuan ni..pastu kami jemput jiran sebelah hep,jiran tingkat atas psm,pengarah kampus & ketua2 fakulti/bahagian/unit..

majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh puan nurul liyana..menggantikan dr don..dr don ada meetg eksekutif dekat tingkat 9..so kami on dulu jamuan tu..habis meetg eksekutif..dr don turun dengan tn hj nadzri..pas ucapan bacaan doa oleh encik jamal n makan.........

hidangan pd hari tu..itu belum masuk menu utama..
nasi merah n laksa..

pn nurul..my second bos..bg ucapan aluan..

pn sue, pn hafizotul,cik maznah n cik blog..

amy n mama dia..kak faridah

my bos jgk..en ramlan n staf hep..jiran sebelah

staf pengurusan..jiran tingkat atas..

Monday, October 4, 2010

Time to Spageti

kali ni cik empunya blog nk tunjukan resipi wat kuah spageti...yg ni pn cik empunya blog belajar dr sifu kak zainah..masa tu pi umah kak zainah utk pi kenduri kat sana..satu hari tu kak zainah masak spageti utk kami...sebenarnya ni kali ke 2 aku wat spageti..first sekali try wat b4 puasa..okla..cuma kuah tu sedikit cair..kuah spageti ni kn makan kuah pekat2..br sodap..n baru ni..hr sabtu lepas raya adik aku teringin nk mkn spageti..request dr adik dan..b4 dia balik ke shah alam..mak aku apalagi..suruhla aku msk utk adik aku tu..alhmdulillah kali ni berjaya..heheh..suma ok..meh kita tgk bahan2 n cara nk wat kuah spageti ni..

ni lah hasilnya..
Bahan-bahannya:
*5 tangkai cili kering - selalu cili ni aku akan rebus ngn air panas..bg dia lembut sket..
*1 labu bawang besar
*2 biji bawang putih - *kesemua bahan ni dikisar
sedikit minyak - utk menumis bahan kisar td
1 bungkus daging lembu kisar (ramly) brand lain pn ok jgk..
1 bungkus kecil fish ball (ayamas)..brand lain pn ok jgk..
1 tin besar tomato puree (duchef)
*3 labu bawang besar
*2 biji cili capsicum hijau - * kesemua bahan ni di potong dadu
sedikit air- utk kuah
sedikit garam - ikut rasa masing2
sedikit gula - ikut rasa masing2
setengah paket spageti(san remo)

Cara membuatnya:
1) masukkan minyak ke dlm periuk..minyak dh btul2 panas barulah masukkan bahan yg dikisar td (cili kering, bwg besar & bawang putih)..masak sehingga cili tu betul2 masak dan pecah minyak
- kalo buh banyak minyak..nnti bahan tumis akan cepat&mudah masak..nnti minyak yg lebih kita keluarkan..
2) pastu masukkan daging kisar yg telah dibersihkan
3) masukkan sedikit air,agak daging tadi dh masak
4) masukkan tomato puree
5) masukkan fish ball dan biar fish ball tu masak..
6) pastu masukkan bawang dan cili capsicum yg dipotong dadu td..
7) tgk kuah,kalo air kurang,tambahkan sedikit air..(agak2) jgn terlalu cair sgt
8) masukkan garam dan gula secukup rasa..kuah spageti ni kalo bleh biar rasa masam lebih..
9) jgn lupa rebus spageti sehingga betul2 lembut..dh masak toskan..aku pakai san remo ja..mcm2 jenis&bentuk ada..pilih ja yg mn kenan dhati..

selamat mencuba ya..