Thursday, August 26, 2010

Cerita Balik Kampung

Jom baca cerita ni.bagi yg dh kawin jangan gaduh2 tau..bincang elok2..bagi yg single mingle cm aku ni..hehehe..amik cerita ni sebagai satu pengalaman..tp tu la..anak mana yg xmau beraya bersama keluarga sendiri kan..sembahyang raya sama2, maaf bermaafan di pagi raya..huhuhu..

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami
(3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3) dan Acik. (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.Betul tak?

Ateh & Acik : Betul..mestilah ghumah ibu dulu.....

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik: Ghumah ibulah...

Ibu: Tidak...ibu tidak izinkan kamu balik ke sini..baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu..ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun

Ateh : Mengangguk...
(tanda faham ler tue....dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh...kena gilir-gilirlahbaru adil (dia nie memang kaki bangkang pun....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah..jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti.taatlah pada suami dan mentua ...

Acik : Macam kaum h**** lak..
Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak

Ibu : Bukan macam tu....islam tu indah...setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu...
dan seperkara lagi...untuk menjaga suami tidak sesusah mananye.
hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM....
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA
InsyaAllah dia tak akan ke mana...kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa...Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu.Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu:Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar:Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar: Tidak bu.....saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar: Mereka tiada halangan.
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah.
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....
(tak bo leh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpatlak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya.Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......

sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu?

Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?......

berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah...berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai....Aminnnnnn

Moral of the story
Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...


No comments:

Post a Comment