Tips 1 Ramadhan dengan al-Quran: Belajar 'kodkod' dalam al-Quran agar ia sebati dengan minda kita dan dapat menjadi latar kehidupan kita
Tips 2 Ramadhan dengan al-Quran: Kenali semua nama-nama al-Quran dan kaitkan secara langsung kesan praktikalnya dalam anda melaksanakan tugas seharian. Cth: an-nuur ialah cahaya. Kita perlukan 'cahaya' atau 'enlightenment' dalam menyiapkan tugasan seharian. al-Quran membekalkan cahaya tak putus.
Tips 3 Ramadhan dengan al-Quran: Dapatkan pengalaman betapa harmoninya al-Quran dan pengalaman dalam hidup seharian bersama alam.
Tips 4 Ramadhan dengan al-Quran : Bina karier anda dengan menyampaikan al-Quran kepada rakan kerja atau studi anda.
Tips 5 Ramadhan dengan al-Quran : Bina 'kerehatan dalaman' di bulan Ramadhan dengan solat, baca Quran dan tadabur. Selama ini, banyak aktiviti kita menyebabkan 'dalaman yang gundah' -lantas Ramadhan ini adalah peluang. Sila rancang dengan sedar bagaimana 'kerehatan dalaman' ini diperoleh, bukan sekadar ikut-ikutan solat, tadarus atau pelbagai kerja lain.
Tips 6 Ramadhan dengan al-Quran : Banyakkan 'pause' dengan tadabur al-Quran. Jika Ramadhan masih penuh dan diri tidak sempat membanyakkan 'pause', amat rugilah peluang yang hadir sekali setahun ini.
Tip 7 Ramadhan dengan al-Quran: Puasa dan baca Quran untuk menjadi syafaat di akhirat.
Tips 8 Ramadhan dengan al-Quran: Quran akan menjadi syafaat di akhirat nanti. Puasa akan menjadi syafaat. Rancangkan Ramadhan kali ini dengan puasa menahan diri untuk menjadi taqwa dan al-Quran yang ditadaburi menjadi hamba bersyukur.
Tips 9 Ramadhan dengan al-Quran: Berinteraksilah dengan al-Quran ketika membacanya. Pada ayat rahmat, kita berdoa agar Allah kurniakan. Ketika ayat tasbih, bertasbihlah. Doa ialah adik beradik puasa dan Quran di bulan Ramadhan.
Tips 10 Ramadhan dengan al-Quran : Tadabur al-Quran ialah proses 'internalization' selepas 11 bulan melaksanakan aktiviti 'external'. Dengan berpuasa, proses 'internalization' akan menjadi lebih berkesan dan mantap. Agar 11 bulan berikutnya, diri akan menjadi utuh.
Tips 11 Ramadhan dengan al-Quran: Banyakkan tadabur Quran dan bermanja memahami kalam Allah. Ia menyebabkan diri lebih kuat untuk taqwa dan terjauh daripada fikiran berasaskan was-was syaitan. Dengan amal ibadah ini, syaitan akan terbelenggu untuk menggoda manusia. “Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah!Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"
Tips 12 Ramadhan dengan al-Quran : Perhatikan Surah al-Hujurat untuk diamalkan di bulan Ramadhan agar kehidupan masyarakat lebih harmoni. Masyarakat banyak bergaduh hatta di kalangan Muslim kerana tidak mengikut etika dalam Surah al-Hujurat.
Tips 13 Ramadhan dengan al-Quran : Tadabur Surah an-Nuur kerana ia adalah pelengkap kepada individu yang ingin Berjaya sebagaimana dalam Surah al-Mukminoon.
Tips 14 Ramadhan dengan al-Quran : Tadaburlah Surah al-Asr dan praktiskan isinya pada bulan Ramadhan. Ia benar-benar menguji, namun hasilnya amat besar.
Tips 15 Ramadhan dengan al-Quran : Bacalah terjemahan al-Quran sebanyak mungkin untuk memahami antara isi-isi al-Quran al-Kareem. Jangan sampai kita menyatakan: adakah topik ini dalam al-Quran?
Tips 16 Ramadhan dengan al-Quran : Anda tidak pernah mendalami ilmu-ilmu al-Quran (uloom-ul-Quran)? Jadikan Ramadhan sebagai madrasah untuk mendalami silibus Quran. Tanyalah kepada ustaz yang mahir atau rujuklah buku yang muktabar.
Tips 17 Ramadhan dengan al-Quran : Kalau ayat tentang Ramadhan dikaitkan dengan taqwa, syukur dan jalan yang benar, maka ada 3 konsep penting dalam bulan mulia ini. Bahagi-bahagikan Ramadhan anda untuk mengecap 3 nikmat ini.
Tips 18 Ramadhan dengan al-Quran : Dengan puasa, kita melaksanakan tazkiyah. Dengan al-Quran, kita akan melaksanakan tilaawa untuk me’masukkan’ al-Quran dalam diri. Dengan doa, kita akan mendapat petunjuk jalan yang rasyid / lurus yang diajar oleh Allah (ta’leem).
Tips 19 Ramadhan dengan al-Quran : Roda menahan – mendapat petunjuk - berdoa adalah roda yang akan terus berpusing dan terus berpusing. Jika ia tidak diambil perhatian atau pusingan makin perlahan, ia menunjukkan ada masalah pada manamana komponen yang dikaitkan dengan Ramadhan.
Tips 20 Ramadhan dengan al-Quran : Sabar amat penting ketika berpuasa, berinteraksi dengan al-Quran dan berdoa. Ia melibatkan komponen masa. Uruskan masa dengan baik di bulan Ramadhan.
Tips 21 Ramadhan dengan al-Quran : Bacalah Quran untuk membina rasa sabar. Tilaawa al-Quran itu akan mendatangkan ketenangan dan kesabaran dibina. Kesabaran terhasil apabila kita sedar apa yang berlaku dan akan diperoleh - menuju Allah.
Tips 22 Ramadhan dengan al-Quran : Membaca Quran ialah penghubung antara puasa dan doa. Puasa memerlukan kesabaran terpaksa (tiada pilihan untuk tinggalkan makanan, minuman dan pergaulan dengan isteri) manakala doa memerlukan kesabaran sepenuh kehendak. Maka hidayah al-QUran menemukan kedua-duanya.
Tips 23 Ramadhan dengan al-Quran : Sabar ada 2 jenis menurut Ibn Qoiyim iaitu sabar kerana kehendak penuh dan sabar kerana terpaksa. Membaca al-Quran ialah kerana kehendak penuh - dan ini lebih utama di bulan Ramadhan. Puasa ialah sabar kerana perintah wajib tanpa pilihan. Doa berlaku dengan baik apabila sabar dengan penuh tanpa ada sangsi.
Tips 24 Ramadhan dengan al-Quran : Siapkan diri untuk sabar secara sukarela untuk membaca Quran dengan melaksanakan sabar tanpa pilihan dengan baik iaitu puasa. Kalau sabar tanpa pilihan tidak mampu dilaksanakan, kesan sabar dengan kehendak ketika membaca Quran sukar diperoleh secara maksimum.
Tips 25 Ramadhan dengan al-Quran : Jaga puasa untuk mendapat kesan maksimum dalam membaca al-Quran. Jaga mata, telinga, tangan, kepala, kaki, hati...
Tips 26 Ramadhan dengan al-Quran : Niatkan untuk mendapat hidayah sehingga mencapai petunjuk yang jelas. Antara hidayah dan petunjuk yang jelas (rushd) , perlukan menahan diri, tadabur al-Quran dan doa.
Tips 27 Ramadhan dengan al-Quran : Perhatikan diri ketika membaca al-Quran, dan berazamlah untuk diamalkan terus di bulan Ramadhan.
Tips 28 Ramadhan dengan al-Quran : Puasa menahan diri sebagai bekalan kejayaan, al-Quran memberi panduan apa yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kejayaan, Doa adalah tindakan untuk mengumpul kekuatan dan memohon bantuan Allah untuk menuju kejayaan.
Tips 29 Ramadhan dengan al-Quran : Puasa melatih kesabaran, al-Quran menatijahkan kesyukuran. Jangan lepaskan peluang untuk mengecap dan memantapkan persediaan ini untuk hidup lebih bahagia.
Tips 30 Ramadhan dengan al-Quran: Rebut peluang bulan penuh berkat. Tahukah anda bagaimana ‘merebut’nya?
sumber:email dr bukuonline2u.com,www.mytazkirah.com
No comments:
Post a Comment