Wednesday, June 30, 2010

Dapat award A+ :p

dapat award lagi...hehehe..suka sgt..sambil senyum2 sampai ke telinga..thank u sgt2 n yg x terhingga kepada amy...ni award yg ke 2 dh dr amy...pasni sudi2 la bg lagi na...hehehe..tamak..dapat A+ lagi tau..padahal blog aku biasa2 ja..dh dapat award kn jwb soalan plak..

1) what do you feel to know that you got this award?
uih..semestinya hepi n suka suki...sbb ada org sudi nak bagi kan..n kenala berterima kasih kepada yg sudi bagi tu...

2) list down 7 blogs that deserved this award..
* linda - kehidupanku
* ibu pura - tulip putih

* riy - aku gadis ikan

* wanie - ketenanganku (auni)

heheh..4 orang ja..lagi 3 orang tu..sapa yg nak silala copy n amik buh kat blog..

bisik-bisik: sory kat amy..sbb amy dh bagi award ni lama dh..dok peram ja..tp br sekarang nk wat n3..hehehe..bz sgt2 cik empunya blog ni kan..

Tuesday, June 29, 2010

Tag - 20 Thing About Me

huhuhuhu..kn tg lagi oleh d.a.n.i.a.m.y....meh kita tgk..cita pasai aku..kot2 sebelum ni..ada lagi yg xkenal n x tahu kan pasal aku..heheheh

***20 Things About Me***

yang ni pasai diri aku...
* orang yang simple ja..
* seorang yg pemalu jgkla..heheheh..tp lama-lama dh kenal..ok ja..ramah x ingat dunia
* suka gelak..gelak besar pulak tu..kah..kah..kah..
* mudah kesiankan orang...
* berjiwa sensitif jgk kot..
* kalo silap cari pasal..hangin jgk aku ni..heheh..tgk keadaan la..bkn main redah ja..

yang ni plak pasai makan...
* pasal makanan..aku xmkn seafood..segala jenis sotong,ketam,udang,siput...
(kerang kdg2 ja..tu pn kalo dlm char koey tew..) bkn sebab allergic..tp tahla..mmg xlalu..mcm nk muntah ja..
* pn xmakan ikan terubuk..(yg bnyk tulang tu) hihihihi
* xmkn ikan air tawar..(tapi..kalo ikan tu wat pekasam..fuh..nasi kosong ngan pekasam pn jalan..) pelik tp benar..padahal ikan yg sama kan..heheheh
* x minum air horlicks n air asam...huhuhuhu
* x suka pada coklat...cadbury,ferrero rocher, vanhouten...jenis-jenis mcm tu la..
* tapi suka makan gula2...heheh..so sweet kan ;P
* x suka cuba makanan yg pelik2..(xpelik mn pn..tp pelik bg aku ja) sbb kerongkong aku ni pelik sket..x bleh nk terima ja..
* pastu kalo makan xleh minum bnyk2..nnti abih suma muntah balik..kalo cmni selalu bulan puasa la..mak slalu dh warning..jgn makan bnyk n minum air bnyk2..tidak penat ja mkn..mkn kuar balik..(tp badan stay cmni jgk kan..) heheeheh..cmna tu???

asyik makan ja..heheheeh..meh cita pasal lain plak
* suka bawak keta laju2...hehehe..kalo pi kl dr png 3jam ja aku pecut..huhuhuhu..
* suka jalan-jalan..
* suka masak...
* suka menulis n bercerita..(mcm tulis diarila..tp dh lama la x bercerita..bz memanjang)
* suka window shopping n shopping..(sesi habiskan duit)
* tp kalo shopping akan ku survey habis-habisan..(kira pk banyak kali jgkla sblm wat keputusan)
* aku teringin sgt nk nk wat sukan extreme..heheh..contohnya..bungge jumping, berkayak kat arus laju..(hehehe..padahal berenang pn xpandai)..mendaki gunung ka..mencabar kan..

rasa itu ja kot..huhuhu..kalo nk cerita 1 n3 pn xabih kan pasai aku..

Saturday, June 26, 2010

Hepi Besday to Me !!!

letak pic cik empunya blog n cik empunya besday...heheheh..
kenapa pic ni..aku pn xtau..mcm tgh tggu seseorang ja..jeng..jeng..jeng..

salam smua...alhmdulillah sempat lagi aku bernafas untuk thn ni kan...smpat lagi bersama family tersayang,adik bradik,saudara,kawan2 n orang sekeliling..harap2 tahun depan dan thn akan datang aku berkesempatan mcm ni jgk..syukur sgt2 kepada mu Ya Allah..

harapan aku..
* semoga dipanjangkan umur
* dimurahkan rezeki
* apa yang aku harapkan..moga2 tercapai.
* cepat bertemu jodh..(hehehe) yang penting direstui oleh mak n family..
* diberkati oleh Allah s.w.t dan
* Allah permudahkan segala hal utk aku di dunia dan di akhirat...mudah-mudahan..amin..

bisik-bisik: oklah..arini keja..nk smbg wat keja dulu..pendaftaran pelajar baru..huhuhu..

Thursday, June 24, 2010

Aktiviti Hujung Minggu lepas

minggu lepas sabtu pagi aku,mak n kak milah p kl lagi..pakcik n family pn konvoi skali..sbb ahad tu ada kenduri anak sepupu..kira anak menakan belah arwah walit la..anak kepada abang ali&kak zaharah..b4 nk pi sana,anak menakan aku dh bgtau..yg mlm sabtu nk dinner adik bradik..family aku,family kak zainah n family kak ida..kira anak beranak, n cucu walit n mak aku..hehheh..pakcik aku plak ke umah mak tam aku kat sg buloh..dilah n tunangnya yg open table..kebetulan tunang dia puasa..so kami pn buka puasa skali la..heheheh..mcm biasa,ptg keluar jalan-jalan n shoping moping kat jalan tar..pastu baru ke kedai mkn yg dijanjikan.

Makan-makan
tarikh : 19/06/2010 (sabtu)
tempat : Kedai Tomyam Ali, Jalan Dato Keramat (depan masjid)
masa : pkul 7 dh kena ada kat situ

ambik gambar pas mkn..meja pn dh kosong..

meja hujung ja yg br makan..sbb lambat..
orang lain dh siap mkn dh..

makan-makan ni pn nk kenal-kenal la..dilah pekenalkan tunangnya ngan kami..konon sani nk jumpa mak aku..mak aku pangkat tokla..tp dlm family xpanggil tok..(panggil ct utk tok pmpuan..sidi utk tok laki..) suma cucu2 mak aku panggil cmtu..hehehe..sani pn mula2 malu jgk..katanya cm x hormat ja panggil ct..hehehe..mula dia ingat ct tu nama..hahaha..lawak btoila..pas mkn..janji ngan family pakcik,mak tam n family anak menakan abg ipar yg dok ampang untuk main boling plak..suma dh plan ok..janji jmpa kat boling dlm pkul 9..

Tournament Boling
tarikh : 19/06/2010
tempat : pusat boling flamingo..xsilap area ampang point..(kalo silap..maaf na)
masa : 9 lebih sampai 11 lebih jgkla..

team pmpuan..me, kak milah n anak2 menakan..(ati,nor n dilah)

team laki..adik dan n anak menakan jgk (akmal,asif,amy n sani (tunang dilah)

team ampang..anak menakan abang elias..

team dr family maktam sg buloh n family pakcik..

keesokan plak baru la pi kenduri tu..kami suma gerak dr umah kak zainah..family aku,family kak zainah n family kak ida..mcm biasa..janji nk keluar awai..konon nak jumpa adik bradik la..last dekat 3 lebih jgk kami sampai kat tempat kenduri tu..huhuhuhu..mak aku dh bising2 dah..sbb dh lambat sgt..sampai x jumpa adik bradik yang lain..ya lah.time kenduri ni lah nk jmpa kan..kira sampai kami la di antara org last yg pi kenduri tu..siap orang nk kemas-kemas dh..heheh..mmg patut pn mak aku bising2 kan..

Kenduri kahwin
tarikh : 20/06/2010
masa : 3.00 lebih
tempat: dewan seroja, putrajaya

pic family aku,kak zainah n kak ida bsama pengantin..

b4 balik..ambik gambar ngan pasangan pengantin..pengantin lelaki yg blah pihak kami..selamat pengantin baru buat kedua mempelai..fathi&nurul..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..pengantin ni pn pjj jgk..sorang kat png,sorang kat jb..

Friday, June 18, 2010

Majlis Tahlil

malam tadi..family aku wat majlis tahlil dekat arwah walit..sebenarnya orang masjid yang bgtau mak aku dr minggu lepas g yg depa nak wat majlis tahlil buat walit pas semayang isyak..katanya dh 20 tahun walit meninggal..ikut tahun la..(kalo ikut tarikh 30/julai/1990) alhamdulillah sekurang-kurangnya ada jugak orang yang ingat dan sudi untuk buat semua ni kan..so apa lagi..mak aku pn orderla bihun goreng dekat kedai depan umah aku.."pak awang"..pastu nnti kami bungkus utk dihantar ke masjid..kebetulan smlm ustaz tuan guru hj salleh yg baca kitab dekat masjid..
mmg ramaila orang..

sekejap saja kan..dh 20 tahun walit pergi menyambut panggilan Ilahi..semoga roh walit dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang- orang yang beriman..amin..sama-samalah kita sedekah al-fatihah buat walit dan arwah orang lain jugak..

Thursday, June 17, 2010

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya . Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

-Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

-Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) 10 Julai 2010 (sabtu) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

- Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

- Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

-Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wasallam.

Niat Puasa.
Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta’ala.

Wednesday, June 16, 2010

DOSA, PAHALA DAN FACEBOOK

Jalan-jalan tgk blog orang...last tertarik n singgah kat blog kak yani..tgk artikel yg dipost oleh kak yani menarik perhatian aku..so dh minta izin dr kak yani utk copy n post plak dlm blog aku ni..tima kasih kak..semoga ianya berguna...

Pada satu pagi minggu, ketika sedang minum-minum kopi saya terbaca satu artikel dari Utusan Malaysia...artikel tersebut telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.penulisannya tersebut amat bermanfaat bagi mengingati diri saya sendiri dan juga kawan-kawan pembaca blog yang lain...saya juga salah seorang pengguna facebook...sebagai pengguna 'ringan' saya masuk sekali sekala ke facebook nak tau tentang aktiviti rakan-rakan dan sedara-mara ajerla...sambil-sambil menyampuk borak-borak ahli fb...perkara yang disentuh oleh beliau adalah terdapat kecenderungan di fb digunakan untuk mendedah keaiban suami, isteri di facebook, Terlebih gambar, Penyamaran, Download gambar untuk simpanan dan tatapan, Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat dan Mengutuk diri sendiri & kebaikan.

Artikel yang ditulis oleh Ustaz tersebut perlu kita ambil dan gunapakai sebagai 'guideline' dalam ber 'facebook'....jadikan ianya panduan sebagai skala mengukur diri kita sendiri....orang lain tidak dapat menilai kecuali diri kita sendiri....disini saya 'copy&paste' semula artikel tersebut:

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri
lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

sumber : http://nuryani1418.blogspot.com/

bisik-bisik: xda niat nk kecilkan hati sapa2..sekadar bahan utk dikongsi dan dibaca bersama...tp sejak akhir2 ini..aku tgk fb dijadikan laman utk mengutuk,menghina manusia,bangsa, agama dan sesama lain..xtahula mcmana "org tu" berfikir..dgn bangga (nama&gambar) xtahu la betul atau palsu kan..berani mengeluarkan ayat2 seumpama itu..wallahu'alam

Monday, June 14, 2010

Sandwich telur & sosej bersama sos lada hitam

kali ni aku nk tunjukkan resipi yang mudah,simple n semestinya sedap...heheheh..pagi-pagi kalo rajin b4 mai keja tu boleh la buat ya...sandwich telur & sosej bersama sos lada hitam..apa lagi marila tgk bahan2 dan cara membuatnya..harap2 suma boleh mencuba..

bahan-bahannya:

3 sosej

3 biji telur

1 ulas bawang besar

sos lada hitam

sedikit planta @ majerin


sosej td dipotong dadu..kecik-kecikla..nnti sng nak mkn

bawang pun dipotong kecik

pecahkan telur dan masukkan bawang dan sosej yang telah dipotong td ke dalam 1 bekas

masukkan sos lada hitam..lebih kurang 3 sudu besar..
(ikut citarasa masing-masingla) pastu gaul semua bahan tadi..

kalo xmau letak bawang pn ok..x pn boleh gantikan dengan sayur-sayuran..kubis,daun bawang, sawi ka..atau apa2 saja..yg simplenya..xyah buh garam..terus sos lada hitam..suma dh cukup rasa dh dalam sos tu..bg yg berkenan bolehla beli dekat tokeynya..
kak khairul..ni blognya.. http://owniez-08.blogspot.com/

panaskan kuali,masukkan sedikit planta @ majerin..
(nk bagi wangi n x mau bagi lekat dlm kuali..)

pastu masukkan kesemua bahan yang telah di campur tadi..

masak sehingga telur itu betul2 masak..dan ini lah hasilnya..

untuk hidangan nnti bolehla letak ikut citarasa masing2..nk + cheese ka..+ mayonis ka + sayur ka.. mula-mula amik sekeping roti pastu letakkan sedikit sos lada hitam..pastu benda tambahan tadi (cheese, mayonis,salad) n then baru letakkan telur yg dh siap masak..n kapit dgn sekeping roti lagi..pastu apalagi baca bismillah n makan...yum..yum..yum..

Tuesday, June 8, 2010

Tag dr amy (meh kita jwb)!!!

Meh kita cuba tag yg amy bagi ni..huhuhuhu..nasibla aku kn huruf i kan..maunya huruf z...jawabnya aku jawab ZzzZZzzz...je lah..heheheeh

Rules :

It's harder than it looks...Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...

1. What is your name : Irah

2. A four letter word : Icon

3. A boy's name : Iskandar

4. A girl's name : Insyirah

5. An occupation : Inspector

6. A colour : Indian Red

7. Something you wear : Inai

8. A food : Ikan bakar...sedap tu cicah air asam...perh..

9. Something found in the bathroom : Inux (jenama sinki) hehehe..aci x..

10. A place : Istanbul

11. A reason for being late : i lupa nak kunci jam hp la..(hahhaha)

12. Something u shout : I say man !!!

13. A movie title : Impak Maksima

14. Something u drink : Ice blended

15. A musical group : Innuendo

16. An animal : Itik, Ikan, Ikan bilis, Ikan Temenung, Ikan Bawal.....(bnyk tau jawapan)..heheheh

17. A street name : Inns Quay, Dublin (hahaha...google la..apalagi)

18. A type of car : Innova

wah..berjaya jugak akhirnya kan..walaupun tanya orang jugak..hehehe..ok meh sini kita cari mangsa seterusnya...mai kita tgk sapa yg kena..insan bertuah itu adalah:

1) Ibu Pura (dgn huruf P)

2) Wanie @ Nursyazwani (dgn huruf N..kalo W susah plak kan)

3) Riy (dgn huruf R)

bisik-bisik: saja suka suki kan..pakat2 jawab na..selamat mencuba...caiyok..caiyok..

Monday, June 7, 2010

The House of Phat Diva Mama Sanggul Arab. Is it HARAM

Minggu lepas aku baru dpt cita ni dlm inbox email yahoo aku..n sama jugak dlm email lotus notes..pasni maybe cita ni akan tersebar dan diketahuai umum..just nak kongsi ja untuk semua pembaca blog...dh mcm trend sekarang ni kan..x silap aku..siap ada jual sanggul paslu lagi..huhuhu..perluka semua tu???

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online
or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That
defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je. Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not
jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

(gambar sekadar hiasan...nk tnjk contoh ja..)

bisik-bisik: macam2 sekarang ni..bnda yang kita x sedar kan..apa2 pn hadis dh tertulis,cerita dh keluar..bagi aku or sapa2 yg tahu,terbaca,terjebak...@ mcm2 lagi???tepuk dada tanya iman..islam itu indah...

Friday, June 4, 2010

Besday kak milah n mak teh

tarikh : 28/05/2010 (jumaat)
masa : lepas maghrib

tempat : umah tok (kuala mengkuang)


jamuan ni wat minggu lepas..harini br aku smpt nk wat n3..sbbnya b4 ni cr cabel usb camera x jumpa..hihihi..kemas bilik..abih suma simpan..sbb ke 2..bz..bz ..bz..pastu masa tu pc wat hal..suma kak milah n family pakcik yg plan nak wat jamuan ni..so bgtau org lain..kira adik2 beradik ja..yg mana ada ja..mulanya janji kul 5..last janji melayu katakan...pas maghrib jgkla..

(pic ni amik dr sepupu aku...besday mak dia jgk) hihihi
makteh : Puan Sabariah bt Ariffin
x silap 08/05/1961

49 tahun

ucapan : semoga mak teh pnjg umur,dimurahkan rezeki, bahagia bersama family tercinta n menjadi cikgu yang disayangi oleh murid2..amin..


kak milah : zamilah binti zabidi
28/05/1982

28 tahun
ucapan : semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, cepat2 kawin..mak dh bising2 tu..
n ubah la perangai mana yg x patut tu..umur dh semakin meningkatkan..
semoga dapat keja tetap..hehehe


kek ni mak buat..tp icing kek aku n mak aku yg deco..
hehehehe..kacang ja penuh..senang

kek ni plak..kwn kak aku bg..tokei cream puff..
mak cik order cream puff kat dia..so dia hadiah yg ni plak..

makanan utama...ayam panggang,sosej panggang n ikan siakap bakar + nasi goreng..
makanan lain..kentang goreng, kentang bakar, lai chi kang&puding

cream puff mak cik order...

siap ada cabutan btuah lagi tau...heheeheh..yg bestnya hadiah no 1 tu aku yg dapat tau..
kira btuah ni..hahahha..btuah ke???

bisik-bisik: walaupun simple tp best sgt..berkumpul beramai2..

Thursday, June 3, 2010

Hati Yang Kau Sakiti - Rossa

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

Wednesday, June 2, 2010

IMAM MUDA

Sebuah rancangan realiti tv yang berkonsepkan keagamaan..alhamdulillah akhirnya stesen tv dapat menerbitkan lagi sebuah rancangan realiti seumpama ini iaitu iman muda oleh astro oasis....xsilap aku b4 ni rancangan realiti seperti ini..akademik al-quran (tv9) dah ada..bagus jugakla..sekurangnya ada jugak rancangan menuju ke arah duniawi dan akhirat..moga2 niat utk ke arah ini dirahmati oleh Allah s.w.t..mudah-mudahan..amin..

apa yang aku tgk minggu lepas..calon-calon di ajar cara2 menguruskan jenazah..real punya..dengan kerjsama hospital kalo x silap aku..mayat2 yg belum dituntut oleh waris..tggu tugasan minggu ni plak..apa yg akan mereka buat...dan minggu lepas tiada penyingkiran pelajar...

10 orang calon yang berjaya di pilih..dr merata negeri..untuk lebih lanjut nak tau profil penuh calon-calon imam muda..sila layari http://www.astro.com.my/imammuda/calon.asp

PENGETUA

Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz

Tugas:
• Memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.
• Memberi cadangan dan pandangan terhadap tugasan dan aktiviti Imam Muda yang bersesuaian.
• Memastikan guru-guru dari JAWI untuk mengendalikan kelas-kelas yang dirancangkan dalam program Imam Muda.
• Sebagai guru dalam salah satu kelas dalam program Imam Muda
• Memantau perkembangan peserta Imam Muda.
• Sebagai penilai prestasi peserta Imam Muda.
• Sebagai ketua juri bagi menentukan nasib peserta Imam Muda.
• Mempunyai kuasa penuh (berdasarkan nasihat dari pengurus saluran Oasis dan penerbit program) bagi penyingkiran peserta Imam Muda.
• Sebagai penasihat program Imam Muda.
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda.

Harapan kepada Imam Muda:
Mengharapkan program Imam Muda diterima oleh masyarakat


MENTOR 1

Syed Mohd Norhisyam Bin Tuan Padang

Tugas :
• Sebagai Mentor kumpulan pertama
• Memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.
• Memberi cadangan dan pandangan terhadap tugasan dan aktiviti Imam Muda yang bersesuaian.
• Sebagai guru dalam salah satu kelas dalam program Imam Muda.
• Memantau perkembangan peserta Imam Muda dalam kumpulan.
• Sebagai penilai prestasi peserta Imam Muda.
• Sebagai juri bagi menentukan nasib peserta Imam Muda.
• Sebagai penasihat program Imam Muda.
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda.

Harapan untuk kejayaan Imam Muda:
Melahirkan ikon kepada para remaja dan menjadi platform untuk membina keperibadian para imam dalam masyarakat secara tidak langsung


MENTOR 2

Ustaz Hj. Shahrizan bin Hj. Daud At Turabi

Tugas:
• Sebagai Mentor kumpulan kedua
• Memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.
• Memberi cadangan dan pandangan terhadap tugasan dan aktiviti Imam Muda yang bersesuaian.
• Sebagai guru dalam salah satu kuliah dalam program Imam Muda.
• Memantau perkembangan peserta Imam Muda dalam kumpulan.
• Sebagai penilai prestasi peserta Imam Muda.
• Sebagai juri bagi menentukan nasib peserta Imam Muda.
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda.

Harapan untuk kejayaan Imam Muda:
Pelajar Imam Muda agar menjadi diri sendiri ketika di dalam Program Imam Muda.Tidak hanya untuk mempersembahkan sesuatu dem


PENGACARA

Hj. Dzulkarnain Bin Hj Hamzah

Tugas:
• Mengendalikan program Imam Muda
• Sebagai penasihat program Imam Muda
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda

Harapan kepada Imam Muda:
Membuka minda masyarakat untuk mengetahui criteria seorang imam

bisik-bisik: alhamdulillah...apa yg aku tgk rancangan ni mmg bagusla..nak masuk pn kn interview baca surah alfatihah, surah-surah sambungan..dan hal ehwal semasa..

Tuesday, June 1, 2010

BOMBASTIC BLOG AWARD

wah...first time dpt blog award...thanks ya amy...muah..cayang amy....ada jgk org sudi bagi award kat cik empunya blog ni kan...heheheh..suka sgt....n sekali lagi tima kasih yg x terhingga..suka sgt tau..

bisik-bisik: ekceli...award ni dh lama amy bagi..tp disebabkan cik empunya blog asyik bz ja..n terdapat masalah pc kat opis..huhuhu..akhirnya..arini berjaya jgk di copy...hehehh...