Thursday, May 13, 2010

Tazkirah...Fikirlah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya teka-teki:
Iman Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi paling dekat dengan kita ialah "MATI". Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali Imran :185)

Iman Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama

Iman Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 : Gugung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang paling besar sekali adalah "HAWA NAFSU" (surah Al A'raf:179) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka

Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (surah Al-Azab:72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah

Iman Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Iman Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, yang paling ringan sekali di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Iman Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia?
Murid-murid serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi paling tajam di dunia ini adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

"sampaikanlah walau satu ayat"
sumber: aku amik dr blog ni http://alinmalek.blogdrive.com/

No comments:

Post a Comment