~Peringatan utk cik ah dan kaum wanita di luar sana~
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
bisik-bisik: kadang-kadang cik ah pn tersasar juga dalam bab aurat ni...semoga sama2 kita istiqomah dalam bab ini...mudah2n...amin...
sumber: fb Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus
No comments:
Post a Comment