Monday, December 31, 2012

petang yang aman damai

hamboih kemain laju aih update blog...bukan apa..suma pic dh letak save dalm blog ni..cuma nk mengarang ayat dan ingat cerita saja..almaklum cerita dh lama basi kan...ku gagahi jua..ekceli arini mai keja..nyaman..sbb ramai org coti new year..alhamdulillah staf opis cik ah yg mai rini adalah seramai 10 orang sajo hokeh...so student degree cuti sbb nk exam khamis ni..yg ado diploma sajo..rini xlarat nk jawab pasai gugur taraf n x buat validasi...ha..cuti lama kemain...dh buka rini..baru nk mai tnya..maapla adik2 oi..sistem suma dh tutup..harap maap lah yer...kaunter plak gilir2 jaga..sbb xdak nama...so mcm aman jugakla..lect pn ramai coti..cik ah settlekan PT xabih2 lagi dr arituh....dikesempatan sambil selam sambil minum ayaq hokeh...hihih...ni lah kekdahnya...dah mula menaip...abih suma story mory nk tulih..esok coti new year..mak ajak p jakel sungai petani...(plan awai nk p jakel kl) pk balik mcm xsesuai ja..so pi hat dekat dah ler...perabih duih..hahhaha..boleh lagu tuh...dok pk jugak nk mai keja ka x esok..triple tuh wei (cuti umum)..keja jgn tanya mmg ado la..xpenah nk abih..tgkla tahap kerajinan cik ah cmna..suma org dok wish hepi new year..tp hairan kan..tahun baru dalam islam xpulak mcm ni...kita mmg dh biasa budaya org omputih ni kan..sejak azali...pelik tp benar...tp itulah hakikat

xsabaunktunggutahunbarusebabnakpijalan2makanangin
kenapatiba2jadilagunih :)

Cuti - Cuti Ho Chi Minh - Part 5 - Penamat

Hari Kelima - 09 Julai 2012 / Isnin (Hari Terakhir)
pagi tu bangun awal...sarapan mcm biasa habiskan nasi impit dan serunding yang ada..tp xabis jugak..suma bekalan kami sedekahkan dekat org hotel..malas dh nk bawak balik..mmg awal la..kami btolak dr hotel dalam pkul 7 pagi..xsilap flight kami pkul 9 lebih...mcm biasa kena check in awal..mlm td dh bgtau dekat org hotel suh amik 2 teksi utk bawak kami ke airport..

teksi pn dh sampai...b4 tu posing dulu depan hotel sebagai kenangan..kak zainah n family 1 teksi...cik ah n family 1 teksi..gerak sekali n janji jumpa kat airport..

 posing depan hotel yang kami dok selama 5 H 4 M
 lagi dan lagiiii....
 lobby hotel
 masa ni kak zainah n family sampai dulu drp cik ah..mau x kami lewat...dh sampai stgh jalan..kak milah baru sedaq ada barang dia yang tertinggal kat hotel...apa lagi..suruh driver tu patah balik la..dh la nk cakap bg dia paham pn susah..org speaking pn xpaham..nk cakap vietnam mmh xpandaila kn...risau mmg risau...takut masa dh lewat..nk call kak zainah...entahla..xcall pn masa tu..so biaq mcm tu ja..

sampai hotel trus cari beg yang tinggal tu..rupanya letak dalam raga moto...td kan posing depan hotel..hamik kau...bayangkan kalo moto tu xdak..mmg sedekah la..xsilap dlm beg tu ada baju HRC yang kwn kak milah pesan...ingat dh lewat...sampai airport..kaunter check in xbuka lagi..sempatla p toilet dulu n rehat...lebih kurang setengah jam check in beg n trus masuk..
 tgh tunggu nk check in bag

masa check security..mak kena tahan..sbb ada barang larangan....erm..pisau lipat mak..mak kata pisau tu pisau lama..xsilap dr arwah walit ada lagi..mcmana ntah mak tlupa nk simpan dlm luggage...mak letak dlm handbang saja..apalagi scan mmg nmpk la..sampai ke akaq umbi la depa cari..sayang mmg sayang pisau tu..nk buat cmnakan..mak kata sampai situ rezeki mak..

kali ni balik kami semua x ambik makan dlm flight..mungkin masa tu pk blah malaysia xsusah nk cari makan kan...masa mai tu mmgla..sbb tempat org sama...lapaq mmg lapaq aa..tgk org sebelah makan..bila tnya ada makan x lagi..pramugari tu ckp..maaf suma ni depa dh online...ha ambik hg...tahan la perut kan..kali ni pulak kapai terbang tu landing jauh sgt kt LCCT...jauh jalan..slalu turun dekat sajo..
posing lagi masa ni masing2 p toilet lepaskan hajat apa yang patut...

alhamdulillah kami semua terlepas dr kastam..hihihi..risau jugak kan..mak dh ckp baca doa..baca doa..hihihi..petua tu..mudah2n...amik tiket bas dan train..lepas naik bas dan train...sampai situ abg elias dh call pegawai polis utk ambik cik ah ngan abg elias..keta kami kan parking dalam balai polis putrajaya...lepas amik keta isi semua...kami trus p kedai makan..masa dlm bas lagi suma org dh bgtau menu apa nk makan..kak zainah order trus  kat kedai sara..kedai tu dekat ngan umah kak zainah..lepas makan balik umah kak zainah dulu..sbb masa tu pn dh pukul 4.00 ptg dh..mandi suma..rehat sat..xsilap kami btolak mlm tu jugak balik ke penang..dalam 9 lebih cm tu lah..penat jgn ckpla..alhamdulillah selamat sampai umah rest satu hari esok baru masuk keja...

habis sudah cerita cuti-cuti cik ah di Ho Chi Minh City - Vietnam...

bisik-bisik: ekceli banyak lagi nk story..tunggu jelah...kalo rajin lagi lepas ni..tahun depan cik ah akan cuti-cuti lagi...awal tahun & pertengahan tahun...insyaAllah dengan izinNYA...tiket pn dh beli :) semoga dipermudahkan segala urusan..aminnn

-Kenapa Tak Nak Pakai Tudung? Jawapan Kepada alasan.. Sama-Sama Kita Renunginya..


lagi  isu pasalTUDUNG...cik ah terbaca dlm fb..mcm best dan nk kongsi bersama..jom kita baca...rasanya boleh kot kalo kita guna ayat ni bila hadapi kes mcm di bawah...xsalahkan untuk ke arah kebaikan...

~Ye sampaikan walau sepotong ayat, biar manapun mereka telah mengetahui tetapi sekadar untuk peringatan moga yang diketahui akan mengingatinya kembali apa yang telah diketahui.

Sampaikanlah walaupun di mana level kita, janji sesuatu yang saling memperingati antara satu sama lain.

Jangan tunggu sampai diri lengkap dan sempurna dalam  beribadah kepada Allah swt kerana diri kita tidak mungkin akan kecapi kesempurnaan tersebut.

Jika penantian itu yang dinantikan maka sampai bilakah kita perlu memperingati antara kita?
Dan pastinya sampai MATI  akan tidak tercapai~

BACA TAU SAMPAI HABIS..WALAUPUN PANJANG SGT PENJELASAN DI BAWAH INI :)

Berikut merupakan 10 alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?

Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.

Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya. 


7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.


Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.

Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!


Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”


Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”


Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda:

Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”


Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.


4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”


Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)


sumber: fb bercinta selepas bernikah

bisik-bisik: rasanya terjawab sudah bagi persoalan pasai Tudung ini..cik ah rasa penerangan kat atas tu dah cukup paham,padat,jelas dan penuh makna...sekalung tahniah kepada sapa yang buat penjelasan ni..susunan ayat yg bagus beserta hadis dan bukti...alhamdulillah...yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu drp cik ah sendiri..

Cuti - Cuti Ho Chi Minh - Part 4

Hari Keempat  - 08 Julai 2012 / Ahad
pagi tu ikutkan dh bincang nk p Hard Rock Cafe...masing2 sarapan kat bilik..pastu kuar cuci mata n shopping utk hari yg terakhir..sbb esok dh nk balik....so kami ke Ban Thanh Market..beli dan beli lagi..masa hari pertama pi sini mak dh upah buat jubah..pilih kain nnti depa ukur kat situ..n siap 1 hari..tp jubah mak 1 stg hari jugak br siap..nnti depa hantar ke hotel kita..kita bgtau no bilik saja..so pagi tu masing2 tergerak hati nk upah jubah...cik ah, kak zainah,dan anak buah 2 org..ati ngan no kami buat jubah..mak pulak buat baju kurung pahang..camana br nk buat..padahal esok dh nak balik...bgtau tokei kedai tu esok flight kami pagi..apa2 pn mlm ni kn bg siap jugak...suma 5 pasang..cakap pasai upah baju ni..masa jalan2 kat night market..kan cik ah cakap belambak org malaysia kat situ...masa nk beli buah durian,kami sembang ngan sorg nyah ngan kawan dia(pompuan)..sembang tnya pasaipa dia mai vietnam ni...ropanya taip2 tahun mmg depa mai sini utk upah baju..depa bawak kain dr malaysia dan upah sini..sbb sini upah cepat dan murah..kak pompuan tu upah 16 pasang baju dgn siap hanya 3 HARI sahaja...hebat kan..
pilih...pilih...jagan xpilih...
sempat lagi abg elias dan kak milah posing...
ni pn sama jugak :)

lepas habih shopping dalam tu..kami ke Hard Rock Cafe pulak..simpan barang kat bilik dulu..pastu naik teksi depan hotel..

HARD ROCK CAFE
nak p sini pn macam biasa cari dalam intenet pastu salin alamat bg dekat driver teksi..masuk dlm tu sesi cari tshirt dan barang yang boleh beli...misi cik ah, cari utk diri sendiri, abg dan adik dan..sbb kak milah kawan dia bnyk yang pesan t-shirt..mak dok diam2..tanya mak yg mana cantik utk pilih t-shirt zakwan

hai kak...banyak duit tu...boleh beli lagiiiiiiiiii
posing mmg acara wajib...posing dalam butik HRC
kak milah dan hasil habiskan donggggggggg
mcm biasa tuan tanah harus ada jugakkk
no n ati 
ahli rombongan
pun sama depan butik HRC Ho Chi Minh City

lepas habiskan duit kat HRC kami p makan kedai yang mula kami makan...hat dalam kawasan masjid..masa sampai kedai xbuka lagi..depa baru nk siapkan barang2 utk masak...kira kami pelanggan pertamala..
sementara tunggu makanan siap..abg elias pusing2 sekitar kawasan ronda2..
kalo p vietnam jangan lupa order kopi ais...mmg terbaekkkk la kopi kat sini..kaw punyaaaaaaa...
sapa yg mmg peminat kopi..wajib try...cik ah..mcm biasa...xsuka :)
muka masing2 dh lapaq...
setengah juta dongggggggg utk makan last tengahari kat vietnam...
pas makan trus balik hotel dan packing apa yang patut sbb esok pg dh nk check out...

KEDAI SHAMSUDIN
malam last kat vietnam kami try kedai ni pulak..xsilap kedai ni pn kami cari dalam intenet...pastu salin alamat bg kat driver teksi..kedai ni jugak ada buat perkhidmatan penghantaran makanan ke hotel2..

kedai shamsudin
nasi goreng ayam kot....
makanan tradisi org vietnam dh lupa la nama apa...dia mcm koey tew sup la..
ada daging..pastu letak serbuk lada..
sotong goreng dan nasi goreng kampung
yang ni xsilap mee kari

cik ah n the geng
kak zainah n the geng
depan kedai makan..acara wajib sebelum naik teksi nk balik
kekasih ku tertinggal di Vietnam...hahahaa..boleh mcm tuh...
jambu kan budak ni...salah sorg pekerja kedai shamsudin..dia tlg kami tahan teksi utk balik hotel..
mintak nk ambik gambaq ngan dia..tersengih-sengih dia..cepat2 betulkan topi dia tu...hihihihihi..lupa plak nk tnya nama dia apa kan...

balik tu shopping lagi utk mlm terakhir kat vietnam...night market lagi..dan lagi..lepas tu cepat2 balik hotel..sbb dok tunggu baju yg diupah pagi td...tgk dh ada siap dekat kaunter hotel..apalagi sesi menerai la kan..tgk pic bawah ni..masing2 melaram..kak milah sorg ja yang xbuat jubah

posing dgn baju baru...suma buat jubah..kecuali mak sorg ja buat kurung pahang...

lepastu sesi kemas barang..sbb esok pg subuh sepiee dah nak balik...flight xsilap pukul 9 pagi mcm tu la..harus la check in awai kan dekat airport..sebelum tu nasib baik kat hotel tu ada sediakan penimbang...pinjam sat bawak naik bilik..so mulakan timbang beg masing2..sbb takut tlebih muatan..kali ni cik ah ngan family amik 60 kilo utk balik..masa kat bandung dulu mmg xtau lagi nk agak kan..first time katakan...cik ah suh anak buah amik dekat 100 kg..last suma beg masuk skali...ngan hand luggage skali masuk..so sekarang dh pandai agak..kalo beli xingat nak balik..100 kg pn xcukup kan..alhamdulillah bila campur kg family cik ah ngan kg kak zainah..alhamdulillah cukup..nasib baik jugakla..

bersambung ke last part - part 5

Thursday, December 27, 2012

ZHARIF IRFAN dan ZAKWAN IKRAM

dah lama maklang x cerita pasal 2 ketoi anak buah maklang ni...yang semakin sihat bagaikan juaraaa...tgklaaa pic kat bawah niiii.....maklang bizi sgt...asyik2 bizi saja...maklang tgh pikir macamana nk settlekan hutang maklang dlm blog ni..banyak lagi n3 yang nak buat...mcm2 yang  dah berlaku...xtau la..mmg xsempatla..sbb lagi 5 hari sajo..so cerita akan menyusul di awal tahun..itu pn tgkla..kalo sempat kan...layan jelah pic kat bawah ni...2 ketoi anak buah maklang

 Zharif Irfan yg nk masuk 7 bulan dh..
 maklang suka sgt dgn pic ni...tgk tu..skrg suma benda nk buh dlm molot...
 irfan yang xbanyak sgt ragam...rasa abg masa mcm ni mmg banyak ragam sgt...alhamdulillah irfan nmpk seorang yg diam...xtaula besar nnti kan..
 si abang yang semakin membolat...
pernah pi kenduri belah abg mie (biras kak syikin) kat kuala kangsar...
ada budak2 ni main ngan zakwan...depa panggil zakwan MONTEL...hahahahaha
selalu bulat ngan demok ja org panggil...so hari tu zakwan dpt nama manja baru...MONTEL...comel kan???
Zakwan Ikram sudah 2 tahun....dah besar dh abg...ct slalu pantau abg punya makan dan minum..takut nnti tsilap sbb abg suka makan dan minum ais..nnti dh teruk kena masuk hospital...kesian pulak...
bila p dapoq ja...p cr ais ketoi  pastu buh dlm molot..p kedai ja abg nk ayaq aiss satu....p mana suma org suka kat dia..geram ngan badan yang montel kot..hihihih

Monday, December 17, 2012

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


~Peringatan utk cik ah dan kaum wanita di luar sana~

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?

Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA
 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

KESALAHAN KEDUA
 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek

KESALAHAN KETIGA
 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya

KESALAHAN KEEMPAT
 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'

KESALAHAN KELIMA
 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

KESALAHAN KEENAM
 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya

KESALAHAN KETUJUH
 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung

KESALAHAN KELAPAN
 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

bisik-bisik: kadang-kadang cik ah pn tersasar juga dalam bab aurat ni...semoga sama2 kita istiqomah dalam bab ini...mudah2n...amin...

sumber: fb Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus

Saturday, December 15, 2012

Cuti - Cuti Ho Chi Minh - Part 3

Hari Ketiga - 07 Julai 2012 / Sabtu

mcm cik ah bgtau dlm part 2...cerita part 3 seharian jalan2 di Cu-Chi Tunnels...kami amik pakej dekat hotel..ada 2 pakej..satu ke Cu-Chi Tunnels dan satu lagi xsilap ke Sungai Mekong..perjalanan mmg lama...rasa ke Cu-Chi Tunnels ni 3 jam kot..n ke Sungai Mekong lagi lama 4 jam...so kami pilih nk p Cu-Chi Tunnels..kak yg jumpa masa tgh makan kat masjid..dia panggil "Cucitanah" so kami pn lepas tu panggil ja "Cucitanah"nk sebut pun senang kan...bayaran pn dh lupa kena berapa dong..tunggu bas depan hotel pastu ada kat mana ntah masa tu kalo sapa yg nk p Sungai Mekong kn turun naik bas lain..so kat situ gak sapa yg nk p Cucitanah naik la bas kami tu..kebanyakkannya mat n minah salleh la yg ramai dlm bas kami tu..

mmg jauhla perjalanan...jalan kampung ja..nasib cik ah bawak kacang parpu...boleh jugak nk mengunyah kan..kami bawak makanan utk makan kat sana..nasi impit dan rendang kering (hat kelate tu)..sana makan kan susah..

dalam perjalanan ke Cucitanah tu..bas singgah dekat sini..tempat kraftangan..nama tempat xtau..mmg tempat hentian bas..sbb tgk ada bnyk bas yang singgah kat sini..masuk dlm tgk dari mula depa hasilkan kraftangan sampai la siap..dlm tu jugak depa juai hasil tu..tapi mahal sgtla..pekerja majoriti suma "Orang Kurang Upaya" mungkin sbb tu kot mahal kan..sbb special..hasil mmg cantik..

yg ni rasa proses mewarna
amoi ni tgh buat lukisan guna kulit siput..mcm2 ada..kulit telur,siput..tgk pn mmg kerja yg sgt teliti, rumit dan susah..n that y la mahal kan..
dalam ruangan pameran dan jualan...mak n abang elias
cik ah n anak buah ati
hasil lukisan..cantik kan..xsilap ni hasil drp kulit siput
dan lagi...dan lagi...mmg cantik..nk beli tp harga...erm...terpaksa batalkan hasrat..
cantik kan....
cik ah..mak n kak milah...
bas singgah kat sini lebih kurang 30-40 minit..lepas tu naik bas balik n teruskan perjalanan ke Cucitanah..

CU-CHI TUNNELS
nak sampai sini..kami lalu jalan mcm2...kebun getah, sawah padi,tanah perkuburan, hutan dan mcm2 la..mmg jauh sgt n dalam kawasan kampung...penat dok dlm bas..n xlarat nk tidoq dh...jaga xsampai2 lagi...mat n minah salleh ja depa xtidoq...asyik sembang ja dlm bas tu..

dah sampai kumpul satu tempat sbb nnti ada guide yg bawak kami msk dalam ni..sambil jalan sambil dok bercerita kisah dalam Cucitanah ni...lupa nk bgtau Cucitanah ni kira tempat bersejarah org vietnam berperang masa zaman dolu kala..utk pengetahuan kami kena jalan dlm tu 4 km tau...letih jgn cakapla..jalan dlm hutan...kalo nk patah balik takut sesat pulak..tourist guide tu pn dh pesan..jalan ikut kumpulan...jln cepat n lambat sgt..takut hilang nnti..sbb dh penah ada kes..bawak air mineral pn xcukup..dahaga jgn cakapla kan..

ni jalan masuk ke hutan..mcm jalan dlm terowong la..
kena beratur utk amik stiker n lekat ja kat badan...kira mcm tiket masukla...
salah satu khemah untuk kita tgk wayang
kat depan tu ada tv..depa pasang pasai sejarah perang org vietnam..lepas dh abis wayang baru mulakan perjalanan jalan dlm hutan..
ni salah satu perangkap yg ada dlm hutan ni...bila sampai satu tempat..guide ni akan berenti dan bg penerangan pasai tmpt tu...
salah satu lubang rahsia...tgk kecik ja kan lubang dia..sbb org vietnam mmg kecik2 sgt...
yg ni demo..utk menyorok a.k.a menyelamatkan diri drp serangan musuh...kecik ja kan lubang tu...lepas demo depa bg sapa yg nk cuba msk dlm lubang tu...so org yg kurus la kan harus cuba...ikur hati cik ah nk ja buat,tp memandangkan saiz badan cik ah yg xmengizinkan yg sihat bagaikan juara ni...rasa kalo try tersangkut kot..hahaha...
minah salleh ni try...org tinggi sgt pn jnuh lenguhla kalo dok dlm lubang ni..
ni wakil malaysia...anak buah cik ah..ati...masa dlm group kami...ada jugak la org malaysia yg lain..so cik ah suruh anak buah try..n org malaysia yg lain pn suruh jugak..konon ada la wakil malaysia kan..sbb tgk saiz...ati ja yg boleh buat...yg lain suma saiz xmengizinkan...hihihi...mula xmau jugak ati cuba..tp disebabkan ramai yg sorak dan suruh...so ati buat...
go ati..go...
yes...Malaysia BOLEH!!! 
jalan lagi..ada lubang lagi...banyak la lubang rahsia dalam hutan ni...
sapa nk masuk boleh ja...
salah satu port santai...kat sini ada patung2 bg menceritakan kisah depa..
abang elias dan anak buah...
tgk belakang kak milah...suma pakat dok rabat keta meriam tu nk ambik gambaq...
hat xlarat dok diam...penat oiii...jalan jauh...kira exercise dlm hutan...
perangkap dan perangkap lagi...
masa ni group cik ah ja singgah sini..yg lain tgh dgr tourist guide to bg penerangan...sbb apa kami kat sini..sbb ada kipas..hahaha..kat belakang kak milah tu ada kipas..apalagi kan dh berpeluh sakan..lencun baju..jumpa kipas mmg nikmat yang xterhingga la..kami dok situ sampai dh abis tourist guide tu bg penerangan n blah dari situ..5 minit pn rasa mcm setengah jam hokehh...
tgk susunan kasut getah tu..dr saiz budak sampai saiz gergasi..xtaula zaman perang dulu ada saiz manusia gergasi kan...
yg ni plak port seterusnya..masa ni ada lubang rahsia..sapa nk cuba boleh masuk..so yg xmau tggu jelah kat luar tu...
cik ah, n anak buah ati ngan no kami cuba nk try masuk lubang tu..rasa lubang tu xjauh sgt...masa kawasan ni mmg ada lampu lagi..tgk yg baju hitam tu...itulah mula msk dlm lubang yg muat2 badan kita ja..kadang kena merangkak dan jalan bongkok..konon nk tryla..pas turun jenguk kat pintu lubang tu...herm...tarik nafas n pikir dua kali jugakla..sbb mmg kecik lubang tu..panas jgn ckpla...meleleh2 peluh mcm mandi ja..elak kami naik atas balik...lampu dalam lubang tu tiba2 padam...fuh..nasib baikla..xtau la depa saja padam atau mmg terpadam..mmg dgrla org menjerit gtau lampu padam...nasib baik kan...kalo mmg depa bgtau lampu xdak bolehla nk spare awai2 lampu hp ka apa kan...
masa ni cik ah dh naik atas..xtahan sbb panas sgt n rasa sesak nafas....
anak n abah...sempat lg posing walaupn dalam panas 
2 beradik pulak..kakak n adik...soryla maklang dh xsanggup nk tunggu lama2 dlm tuh...
ni lah jalan keluar bg yg masuk dalam lubang tadi...

lepas pada ni kami teruskan perjalanan lagi..sampai nnti ada tempat utk tembak...kira padang tembak la..sapa nk tembak boleh ja..tp kena bayar...ingat nk cuba jugak...tp dh letih kan n  kat situ jugak ada kedai...n tempat utk rehat...masa ni tourist guide bgtau sapa nk p tembak pla..kalo xmau boleh minun n makan kat sini...dengan bekalan yg kami bawa...so apa lagi..berkelah la dekat situ..dengan letih jalan lapaq dahaga suma..nasib baik bawa bekal nasi impit bersama serunding ayam dan daging...makan sampai nk abih jugakla...kat situ ada jugak jual jagung bakar..tgk mmg sedap...tp xyakinla nk makan...entah bakar pakai minyak apa kan...baik xpayah...boleh mcm tuh??? dalam 20 minit jugakla berenti dekat situ...pastu truskan lagi perjalanan..sampai satu khemah ada depa masak ubi rebus...sapa nk makan boleh makan...mak n kak zainah dh warning jangan p gatai makan...xtahu kan depa cmna..periuk suma tu..alah mcm kat malaysia xdak kan ubi tu...hihihi..mat n minah salleh depala dok p try makan ubi rebus..lepas tu truskan lagi sampai ke tempat yg mula tadi...akhirnya selesai jugak aktiviti "Cucitanah" kami pada hari ini..
masa ni jalan nk keluar balik....lalu terowong tadi...

mmg exercise la jalan dalam tu..mmg "cucitanah" la kan...4km jalan dlm tu...penat jgn ckpla..naik bas suma org tido sbb letih...

kak milah hampir nk patah balik sbb dah xlarat n xsanggup nk jalan dah..tp tu la..mau xmau kena bg habis jugakla..nk patah balik sorg mau sesat lg susah...mak alhamdulillah ok jugakla..cik ah suh mak jalan pelan2 walaupn xlarat kan..nk buat cmna..kalo tau dr awai..sapa yang nk kan...tp xpa..pengalaman..paling kurang pun bila org tanya dh pernah pergi Cu-Chi Tunnels ka...ha...masa ni bolehla akak bgtau "ko mampu n ko hadooo" hahahhahaha...

kalo ikutkan konon dalam planning lepas balik "cucitanah" nk singgah makan n pastu p Hard Rock Cafe situ..xsangka mmg penat pi "cucitanah" so batalkan hasrat..rasanya makan pn xp kot..balik hotel trus mandi n rehat...kira makan tghari postpone ke makan malam...penat punya pasai kan..

HALAL SAIGON
makan malam kami malam tu kami makan dekat sini...Halal Saigon...mula nk p kedai biasa saja..last xjd sebab malas nk cari last trus ke sini saja..harga agak mahal la..berbanding dgn gerai biasa...mcm biasa salin alamat pastu bg dekat driver teksi trus ke sini...lupa nk bgtau..hotel yg kami dok tu ada wifi..paling best kat lobby disediakan satu pc dan boleh akses internet...FREE saja naa...sampai kedai tgk org ramai jugakla..yg best masuk kedai ni kami disajikan dgn iringan muzik lagu ct nurhaliza...lagu dia sajo...makanan pn cepat sampai..okla..harga mcm cik ah bgtau td..tkejut jugakla...mahal hokehhh :( tp dh lapaq kan..bedal sajala..kak milah malam tu xikut kami..sbb dia xlarat letih "cucitanah" pg tadi..so dia stay kat bilik..kami tapau utk dia..

 posing sementara makanan nk sampai
 kami bertigaaaaaaaaa
 Halal Saigon
 di antara menu-menu yang ada
 dan lagiiii
 xsilap ni nasi goreng ..menu kak zainah kot
 menu cik ah..mee goreng mamak
nasi goreng ayam..menu mak
 mee kari menu abg elias

 pencuci mulut..mcm agar2 kelapa...pelbagai bentuk
ada love, ikan, kura2,daun dan macam2...mcm biasa cik ah xmakan laaaaa
 bungkusan utk kak milah..nasi goreng ayammmm

makan pada malam tu..hampir sejuta donggggggggggg...
mahal kan!!!!

lepas balik hantar makan dekat kak milah..mcm biasa ronda2 lagi dekat night market...cuci mata dan habiskan duit....

bisik-bisik: tiba2 nk buat part 4 tgk pic ni utk part 3..boleh mcm tuh...peram sgt cerita kan..hihihi..sabo jelah

bersambung ke part 4