Friday, March 2, 2012

Kuih Jawa

kuih ni pn buat 2 minggu lepas skali ngan apam polkadot..jumaat malam tuh dh bancuh adunan tinggal semalaman..esok pagi buat utk makan bekfes..tgklah hasilnya..yang pertama xjd sgt..sbb terlalu hangit..hitam sket..bahagian tepi..nnti kena kurangkan api..xyah besar2..pagi tu buat utk makan sikit ja..pastu simpan balik lebihan adunan di dalam tepi ais..esok ptg buat lagi sampai habis..pun kena tambah air sikit sbb dia pekat..agak2la air tuh..jgn banyak sgt..nnti terlebih cair plak..

Bahan-bahan 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 gula gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air panas - cik blog guna 2 cawan air biasa sbb nnti cik blog akan masak air tu dgn gula merah atas api..kalo pekat sgt tambah air sikit demi sikit..
  • sedikit garam
Cara-cara
  1.  Gula merah dicairkan dengan 2 cawan air..
  2. Tepung beras,tepung gandum,gula pasir dan garam dicampurkan dengan gula merah yang telah dicairkan (gaulkan sebati sehingga tidak berketul sewaktu air gula merah masih suam-suam)
  3. Dibiarkan semalaman..masa nk buat tu kalo rasa adunan tu pekat,so boleh tambah air sikit..kira agak2la..jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair sgt..
  4. Digoreng dengan minyak 2 senduk (kalu nak banyak guna senduk kecil/ kalu guna senduk besar kuantiti kuih yang dapat cikit jer ler)
  5. Bancuhan tadi digoreng dengan menuangkannya sesenduk demi sesenduk untuk mendapatkan kuih yang bulat dan cantik seperti topi.
  6. Menggoreng dengan minyak, api perlu sederhana, api jangan besar nanti kuih hangus. Bila minyak tadi susut jadi tambah minyaksedikit demi sedikit.
  7. Toskan dan bolehlah dimakan.
cubaan pertama...hahaha..sedikit hangit yang bahagian tepi tu..
pn xdak sgtla rupa topi..hehehe..tp cik blog kalo beli pn mmg suka bahagian tepi sbb ranggup
cubaan kedua..keesokkan hari
alhamdulilah dh jadi..baru tahu api tu jgn terlalu besar sgt..heheh..
dh kurangkan hangit kat tepi..heheh

No comments:

Post a Comment