Wednesday, February 29, 2012

29 FEBRUARI 2012 - Tahun Lompat

kalo suma org perasan..tahun ni dptla kita bertemu dgn tarikh hari ni 29 Februari..org kata tahun lompat kan..so bergumbirala dgn hari ini..hihi..sebab tu nk jugak buat n3 ni..

jom baca link ni utk tahu lebih lanjut berkenaan tahun lompat
 http://wrizuan.net/2012/02/sembang-tuan-tanah/apakah-tahun-lompat

bisik-bisik: dok tgh pikir...mcmana org yang lahir pada tarikh ni kan..29/2...kesian la pulak..so depa pn kena lompat2 jugak ka..heheh..sambut 4tahun sekali..apa2 pn keistimewaan ni mmg lain dari yang lain...anda patut rasa bertuah tau!!! agak2 ramai x yang bertuah ??? 

p/s: selamat hari berTUAH ka..atau selamat hari LOMPAT..hihihi..

Bola,Bola dan Bola !!!

dah lama cik blog xcerita pasal anak buah sorg ni..heheh..sekarang ni dh makin pandai dan dh besar pun..dah 1 tahun 3 bulan dh..sekarang ni mulut pn dh cakap banyak..sgt susah nk mandi dan lepas mandi suka lari xmau pakai pampers dan baju..pastu dh jarang tidoq siang..kalo tidoq pn sat saja..fanatik sangat dengan bola..kalo tendang bola tu sampai satu umah..dr depan tv sampai ke dapur..penat xpa..janji dpt tendang bola..kadang2 tgk kesian kat dia..sbb main bola sungguh-sungguh..kalo xlarat sgt baru dia berenti main..xpn tendang bola,nnti xlarat suruh orang amik kan bola untuk dia..

satu lagi zakwan ni suka sgt menyibuk bila orang ada dekat dapur..apa yang kita buat..dia pun sibuk nak buat..kdg suruh kita dukung dia..sbb nk tgk apa yang kita buat..pastu mulala edisi punggah menunggah...amik blander siti pastu hentak2 dekat lantai..suka amik fridge magnet yang mak ngah beli..abih suma hilang..

baru balik dr kedai dgn walit..p beli susu..
camana ada gaya fotographer x...heheheh :)
mata dok tgk tv
tangan pegang kamera, tp mata tgk tv..mulut tu ngaga sbb dok kata gooolllll!!!
zakwan ni peminat bola sepak tau...kalo dia tgh minum susu,kalo tv tgh tunjuk bola...automatik zakwan akan p depan tv..mulut xabih2 ckp goolll!!!.. ball kdg bolaaaa.....pastu kaki pn dok tendang2 mcm sepak bola..fanatik btul dengan bola..bnda apa pn asal bulat ja suma dia kata ball...walaupn belon,buah kat pasar malam..suma ball...
di antara ball yang zakwan ada..kat umah siti ada 3 ball (1 besaq 2 kecik)
kat umah umi ada 1 ball besaq..
pak lebai junior..hehehe..

bisik-bisik: xlama lagi zakwan akan jd abg long..heheh..kalo xsilap hujung bln 6 atau awal bln 7 ni..xsabar rasanya mak lang nk tungguuuuuuuuuuu :)

p/s: lupa nk bgtau..kamera tuh bkn kamera btul pn..hihihi..tabung kamera ja..mak ngah bg zakwan pinjam sat..hihihi

Friday, February 24, 2012

Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


subhanallah..tolong sebarkan..:) dri Ustaz Nasir
sumber: mukabuku

Thursday, February 23, 2012

Majlis Merisik

majlis merisik ni bukanlah utk cik blog sebenarnya..so dh tentulah untuk kak milah...keluarga belah bakal suami kak milah mai umah hari ahad lepas..lebih kurg dalam pukul 10 pagi mcm tu lah..sebelum tu kak milah dh bgtau mak yang family sana nk mai bincang...mula mak ajak tok yam mai umah..disebabkan tok yam pening kepala, dia mai lewat sket..so mak ajakla mak ndak untuk skali majlis ni..mak pn segan jugak sorg2..nk harap abg cik blog kan..n satu lagi..ni kan pertama kali org nk merisik "anak dara" mak..hehehe..sebelum ni kan mak ja dok pi minang anak dara org..kali ni giliran anak dara mak pulak..so masa bincang tu (xla formal sgt pun) mak,mak ndak dan abg cik blog..keluarga lelaki pulak ayah,mak,kakak dan anak buah dia...

mak pn ajak jugak pakcik..tp panggil last minit...so pakcik pn sampai lewat la..insyaAllah kalo xdak apa hal kak milah akan bertunang dlm masa terdekat ni...

yang bestnya pihak lelaki ada bagi sikit buah tangan,mak pn terkejut jugakla sbb kak milah xbgtau apa2...mula la nk pikir n cari nak balas barang apa kan...dalam masa yang singkat dan guna ja apa yang ada..ini lah jadinya...jom kita tgk...hhehehe

buah tangan dr pihak lelaki...
sebahagian buah dh bg pada kat umah tok..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaaaaaaaaaa
inilah hasilnya..nasib ada apam polkadot cik blog...
dgn gaya yang xberapa nk kreatif..main cr dan amik ja reben mana yang ada
inilah hasil cik blog ngan kak ipar...heheh..jadilah kan..drp xdak langsung..kira penyelamat ni :)
***************************************************************
sebelum ni kalo xsilap pertengahan bulan 1,mak bgtau yang org nk mai merisik kak milah..pastu cik blog pn tanyala mak 

cik blog: oo,kira tahun ni pn ada kenduri jugakla umah kita no...kira tiap2 tahunla..

mak : hala..nak tunggu apa lagi kan..umur masing2....potpet..pot..pet..hampa tu pmpuan...pot pet..pot pet..(mak dok beletiaq)...ha pasni hang pulak la

cik blog: ish mak ni...org nak kawin ngan sapa..??? pastu trus cik blog bgtau mak..mak.. adik(bahasa cik blog la)heheh..adik dh xkawan dengan budak tu dah....

mak: pasaipa pulak???

cik blog: erm..xdak jodohla mak..nk buat mcmana lagi kan..(abis xkan nk bgtau kan..erm..mak...adik dah xkawan dh ngan budak tu...budak tu pn dh tunang dan xlama lagi nk kawin dh dengan pilihan mak pak dia..) nak mampus nk bgtau mcm tuh...kang xpasai2 mau kena lagi beletiaq kan..nk kata apa lagi kan..terima,pasrah dan redha jelah...
p/s: utk lelaki tu,"TERIMA KASIH" di atas segala-galanya..

cik blog ingat lagi masa abg cik blog nk kawin dulu..tok suka tanya cik blog ngan kak milah..haa..pasni hampa la pulak..bila lagi kan..pot pet..pot pet...mcm biasa la kan..kalo org tua beletiaq..heheh.dok taruh(simpan) lama2 buat apa..kawin cepat2 sikit..cik blog ngan kak milah slalu jawab..xpa tok..kalo ada jodoh xkemana kan..insyaAllah..pastu tok katala..jgn lama sgt.."ntah nnti hampa kena tipu ngan laki..kalo btoi2 masuk minang cepat2"...erm..siapa sangka kan..rupanya apa yang tok ckp tu btoi la kan..org yang banyak pengalaman bercakap..

so lepasni tggu la mulut2,org dok bcakap pasai cik blog pulak..lepas tok nk balik pn..tok dh cakap lepas ni giliran hg pulak kan..cepat2 sikit...xpn buat dua sekali..cik blog senyummmmmmmmmm ja..hihihi..(dlm hati nk kawin ngan sapa tok!!! tok ada calon ka)...ahahah..jgn dok gatai berani wat lagu tu na..satg sat ja ejen2 xbertauliah ni...) dan makcik2 hat kepochi tiba2 dok offer na..xpala..jodoh itu misteri ILAHI..kalo kita cari sgt pun...nnti xdpt kita jugak yang kecewa kan..so biarkan..

“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”

Wednesday, February 22, 2012

Apam Polkadot

nak buat apam ni dh lama..tp dok xbuat2..sbb kemalasan melanda jiwa..apam polkadot ni mmg dah jadi trend sekarang ni..buat utk hantaran kawin,doorgift kawin, jamuan dan macam2 lagi..pastu plak kaler dan dot2 tu la yang menaikkan seri apam tu lagi..minggu lepas rehat hari jumaat, cik blog n the geng p terjah kedai kek dekat perda..cik blog nk beli barang2 utk buat apam polkadot ni..so jumaat tu dh siap goggle resepi apam dan jugak kuih jawa...sabtu baru ni cik blog trus buat..padahal org lain dh lama buat dh apam ni..dh berkali buat kan..cik blog br nk buat...erm..biaq pi lah kan..hehehe

Bahan-Bahannya:
(ikut resepi asal guna cup yang medium dpt 50 biji)
tp cik blog guna cup besaq sket so dpt pun xsampaila 50 biji..
org kata kalo buat cup kecik2 lg nampak comel2

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa- cik blog pakai kaya ja..(sbb itu ja yg makan)
  • pewarna - suka hati..cik blog buat 5 kaler (hijau,pink,biru,purple & warna asal)
Cara-Cara:
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak(jgn lama sgt nnti terlebih masak,akan merekah) dh x cantik dh :(
kalo boleh buat 2 adunan elokla kalo nak pakai banyak kaler pn..sbb nnti dpt banyak..mcm cik blog try buat dulu 1 adunan,pastu buh 5 kaler..so mcm sikitla..

hasilnya...abaikan dot2 yg sat kecik..sat besaq..hehehe
kalo banyak kaler lagi cantik..kena pandai main kaler la
yang ni pulak haaa...siap packing lagi...tunggu n3 berikutnya...
kira nasib baikla penyelamat jugak apam polkadot ni...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

bisik-bisik: nnti nk try buat doorgift utk majlis pertunangan...harap2 suma jadila..

Tuesday, February 21, 2012

Cuti-Cuti Hat Yai Part 2 - abissss sudaaaaaaaa

Hari Kedua (Terakhir) : 26 Disember 2011 / Isnin

sambung balik utk part 2 dan yang terakhir...esok pagi dh janji ngan uncle tu nk pi bekfes dan trus p market..mak nk pi cari plus nk buh air..(jnis mcm plus nk buh nasi tu) nk p tgk kot2 murah ka..kak milah pn bgtau kat market ni mcm2 ada..buah,kasut,beg,kerepek,kain dan mcm2 laaa..janji ngan uncle pukul 8.00pg tggu kat depan hotel..pastu trus p makan...isi perut dulu..

lepas makan trus ke market yang kami nk p tuh..dah lupa la nama apa..uncle bagi masa kat kami lebih kurang sejam..takut lewat sbb nk check out b4 pkul 12.00 tghari..masuk dalam market trus cr barang yang mak nk beli..ikutkan market tu mmg besar..tp disebabkan panas so kami jalan pn xabisla..jalan yang depan saja..barang mak pn xdpt cari..cuma ada satu kedai tu harga mahal la pulak..pusing2 dalam tu..mak beli buah pelam,kerepek..pastu trus balik ke hotel

sebelum tu dh bgtau uncle nk suruh uncle tu antar kami sampai jumpa jalan besar..untuk balik..sbb nnti takut xjumpa..kalo suma nk tau..depa ni naik tut-tut akan bawak kita lalu jalan shortcut ja..mmg cepat dan mudahla..sbb lalu celah2 ja..xbnyk sgt lalu jalan besar..paling best uncle tu xamik duit pn...dia mmg xberkira sgt dgn kami..kira lebih kurang ja..

pas keluar dr bandar Hat Yai..kami singgah dulu di Danok.sebelum keluar sempadan..mak ngan kak zainah nk beli beras siam..nk parking keta pn susah..sbb orang ramai sgt...mula2 cik blog tggu dalam keta..sbb parking tepi jalan ja..mak ngan kak milah p cr barang..sama jugak..abg elias tggu dlm keta yang lain p beli barang..pastu kak milah pulak tunggu, cik blog turun plak..turun pun sat saja..pas abis suma..park keta utk cop passport..masa tu org punyala ramai dok beratuq..lebih kurang dekat pkul 3.00 kami selesai dan btolak balik trus rumah..
sarapan pagi dekat sini
Tamrab Muslim Restaurant
nasi lemak 50bath = RM 5.00
mee hijau..mcm bihun sup..ini menu adlina (anak buah)
menu cik blog roti telur
posing b4 meneruskan perjalanan ke market
beg,baju,kasut,kain,mcm2 ada kat sini
celah kedai pun sudah semestinya...
mak beli buah pelam 3 biji 50bath..yang dh siap dikupas..

tgk depa suma makan buah pelam...erm...mesti masam kan..cik blog sory la nk makan asam2 ni..
mmg bukan feberet la..xsukaaaaaaa
sebelah mak tuh lah uncle tut-tut yang bawak kami jalan2 selama 2 hari..
cara gantung kunci keta..kiranya kunci keta kita trus bagi dekat yg jaga parking tu
mula mmgla takut dan risau..sbb serah mcm tuh ja..risau jugak satg hilang ka apa keta mau naya..tujuan bg kunci ni sbb nnti boleh depa nk ubah keta sekiranya ada keta yg nk keluar nnti senangla depa nk ubah n masuk..parking kat hotel tu agak terhad dan tempat sempit..
sebelum balik..posing terakhir depan hotel

rasanya dh abis kot cerita cuti-cuti cik blog..so kira mmg xdak hutang dh untung n3 cuti2..insyaAllah..xsabar nk tggu pulak bln 7 ni..tp sebelum tu kena buat visa dulu..moga2 dipermudahkan..amin...

p/s: lupa nk bgtau..kalo nk masuk Hat Yai dengan keta sendiri..senang ja..hanya perlukan salinan geran keta, dan sudah semestinya tuan keta kn ikut skali..pastu buat insurans thailand..masa sebelum masuk sempadan..itu ja..

Wednesday, February 15, 2012

Cuti-Cuti Hat Yai - Part 1

Hari Pertama : 25 Disember 2011 / Ahad

alkisah nk mulakan cerita cuti-cuti nih..mcm biasala..sbb kisah dh basi..tahun lepas punya cerita..so ayat biasa cik blog adalah kalo xsilap..kalo xsilap..sila harap maklum ya..so lepas ni jgn dok rasa hairan la pulak sbb apa cik blog dok ulang ayat yang sama ja..cuti krismas kan dilanjutkan sampai ke isnin..mula dok kata jugak dekat mak ngan kak milah cuti nk p mana kan..saja jalan2..last mak bgtau kak zainah nak balik sbb ada knduri anak menakan abg elias..adik dan pn balik jugak sbb kawan dia kawin...so xkan nk kuar umah bila orang mai umah kita kan..

pastu saja bg cadangan dekat kak milah apa kata kita p HAT YAI ja..sbb b4 ni kak milah penah p sana ngan kawan2 dia..lagi pulak HAT YAI area utara..kira dah belah sini dh..lgpn suma orang ada passport dh..setakat nk p jalan sehari dua ja..xla bnyak belanja sgt..setakat nk makan dan beli sikit2 ja..so gtau kak zainah ngan adik dan..masalah pulak masa tu,dok risau takut xdak hotel..sbbnya musim perayaan kan..mstilah ramai orang jugak..anak buah,adlina try jugak goggle cari untuk nak booking hotel..tp semuanya dh penuh..

semua orang setuju..last yang join kak zainah n family(cuma ati ja,sbb dia ada exam),adik dan pn xjd sbb ada knduri,(mula tu farah mcm nk ikut kami..heheh) lagi pulak nk simpan duit bayar road tax keta..kak syikin,zakwan n abg balik kelate...so yang p aku,mak dan kak milah 1 keta..kak zainah 1 keta..bincang2 bawak jugak baju spare..kot2 nnti ada hotel kita tido sana..if kalo xdak hotel kita jalan2 malam baru balik..sbb kak milah gtau pintu sempadan tutup pkul 11.00 malam..pikir mmg letih la kalo buat mcm tuh...konon kalo nk balik hari tuh jugak,mak cadang suh bertolak awal..kira pas subuh trus bertolak ke sana..nnti sampai awai sket sementara nk settle dekat imigresen tuh..

so mcm biasala..janji pas subuh,mak dh kejutkan suma orang bangun,mandi solat dan trus siap..disebabkan anak2,cucu suma susah nk bangun awal..kami suma kuar umah pn dekat pkul 9.00 dh..isi minyak sikit,tambah nilai touch n go pastu trus ke HAT YAI..sbb bajet b4 masuk sempadan nk isi minyak penuh2..nnti kat sana mahal pulak kan..b4 tu singgah kedai tepi jalan berhampiran bukit kayu hitam untuk buat insurans kereta(insurans thailand)kira isi pass pasport skali kat situ..dh lupa berapa sbb kak milah yang bayar suma tuh..

masuk sampai Danok pun dah dekat pukul 11 lebih...orang mmg ramaila...cik blog turunkan dulu penumpang,mak ngan kak milah...untuk cop pasport..pastu cik blog p parking keta..pastu kena beratur jugak untuk cop pasport..bagi yang bawak keta sndiri..masa nilah kena tunjuk insurans yang kita buat td tuh..b4 tu kak milah dah pesan masa nk cop nnti kena letak siap2 duit RM1.00 dalam pasport tuh..biasala..rasuah la kan..ikut jelah..cik blog tengok orang depan xletak siap2..last pegawai imigresen thailand tu mintak...erm..boleh pulak mcm tuh kan..sbb kita nk masuk negara depa..so kena bagila..xgitu!!!

pas suma dh cop pasport sebelum tuh singgah kat 7-eleven sebab nak cari peta..kak milah pun dah xingat sangat dh jalan nak ke HAT YAI..dia ingat2 lupa ja..nk dekat sampai bandar pn xsure sangat,last kami tanya ja pemandu tut-tut setiap kali kat traffic light cmana nak pi cari Hotel Grown Plaza..hotel yang kak milah penah duduk dulu..kira tengah bandar la..masalah utama kat sana..bila orang thailand yang xpandai speaking omputih langsung..mmg susah la nak berkomunikasi ngan depa...dah macam ayam ngan itik..kita lagi la xpaham bahasa thailand kan..last skali berenti tepi jalan..kak milah tnya sorang uncle tuh dan upah mintak dia bawak kami ke hotel tuh..uncle tu naik motor kami ikut dia dari belakang..kalo nak cari sendiri sampai esok pn xjumpa kan..keta pn banyak jugak..

xsampai 15minit kami sampai kat hotel tuh..kak milah ngan anak buah(adlina) turun p cari hotel..yang lain kami hanya tunggu dalam kereta..hampir setengah jam jugakla baru dpt hotel..yang lain sumanya penuh..sbb cuti krismas kan..last kami dpt pink hotel..harga semalam dah xingat la..amik 2 bilik..twin sharing pastu + extra bad untuk dua bilik tuh..satu bilik kak zainah,abg elias,akmal n asif..1 lagi cik blog,mak,kak milah n adlina...

sampai hotel trus letak bag n solat dulu..kami check in pn dh pkul 1.00 lebih dah..pastu turun cari makan tengahari..masa nk msk simpang ke hotel dh nmpk ada restoren kelantan..so kami trus ke situ..kat situ ada nasi lauk dan goreng2..harga okla..pas makan trus tnya kak cashier tu cmna nk p FLOATING MARKET..alang2 dh tanya kami tanya skali kot2 kak tu ada no tel pemandu tut-tut..nasib kami baik..kak tu tolong panggilkan kami tut-tut...so kami tggu ja kat depan kedai tuh..

tut-tut tu mai,kami bgtau nk p mana dan bincang harga cmna..nasib uncle tu ok..siap boleh kira lagi..kira kami bgtau uncle tu nk tempah dia sampai esok..harga yang uncle tu bagi pn ok..tp tu la acik blog dh lupa la..dia kira 1 kepala berapa..utk kami p FLOATING MARKET pastu trus ke ICE DOME dan balik hotel..
 insurans thailand
 tgk betoi2..nama cik blog slalu salah tau..ZAHIRAH pulak...ermm
tunggu makanan sampai..

posing depan kedai sementara tunggu tut-tut mai ambik
abg elias
keadaan kami dlm tut-tut-tut...abg elias dok depan sebelah driver

FLOATING MARKET
kalo sapa p HAT Yai msti nak kena singgah sini..kalo xsinggah rasa rugila sbbnya FLOATING MARKET ni pn dh jadi satu tempat tarikan yang mesti kena p..suma depa jual atas sampan..siap masak atas sampan..ada dapur,tong gas,periuk,belanga..mcm2 jenis makanan yang dijual..ada jugak minuman..tp makanan lebih banyakla berbanding ngan minuman..bahagian atas plak..adala gerai2..juai tshirt,fridge magnet,baju,kain..dan mcm lagi..
kalo sebelum ni floating market dekat belakang tuh..
sekarang dh pindah tempat baru..nun di belakang belah kanan pulak
nmpk x kat belakang tuh..itulah dipanggil floating market
di antara makanan yang dijual,fish ball,hot dog,fish cake bakar
yang bestnya beli minuman dpt bekas yang cantik..
kalo kat sini dlm cawan cup tu ja..pakai buang ja..kat sana dlm bekas tembikar yang mcm2 bentuk..ada ultomen,doremon,bentuk pasu dan mcm2 lagi..satu lagi dlm buluh..pastu letak pulak bunga kat straw
harga 20-30bath sama dgn RM2.00-RM3.00 kita..bekas minuman tu dpat skali tau
nmpk x yang dok tergantung tuh..mcm2 bentuk yang ada
ni pulak kaedah nak bayar duit dan ambil makanan..
penjual akan gunakan kayu dan bakul utk letak makanan dan baki duit pastu bagi dekat pembeli
abg ni siap peace lagi..hehe..xsilap dia jual kuih tu mcm kuih cara
dlm inti siput pastu ada telur..lebih kurg mcm tu lah
macam2 ada..pilih ja yang mana nak..bihun sup,kentang goreng, sotong bakar,kuih muih..mcm2la..
bg sapa jnis nk try mkn..boleh la cuba suma ni..mcm biasa bg cik blog..cik blog akan mkn yg nak saja..
kalo rs pelik sket tuh sory la ye..
ni plak roti hotdog
xtau bnda apa...harga 30bath = rm3.00
makanan pn ada jugak yang letak dlm bekas tembikar
makanan dan minuman yang kami beli
air laici,teh hijau,teh ais
fish cake goreng dan roti hotdog
cucur udang...
nnti bahagian belakang ada bnda ni 
untuk tambah perisa dan rasa
ada cabai,garam,kicap,sos, gula..sapa nak amik ja..xdak bayaran pun
mcm biasa..kak zainah dan anak2..
ati jgn jeles atau marah ya :)
cik blog,mak dan kak milah
kedai jual key chain manik..mai kat sini dh jadi rambang mata sbb sumanya cantik2 dan murah jugak 
(boleh mintak kurang)..mcm2 bentuk ada..tp kebanyakkan binatang..

masa nk mai sini dh janji ngan uncle tu lepas ni nk pi ICE DOME..memandangkan ICE DOME tutup pkul 9.00 malam..so uncle tu bagi masa kat kami lebih kurang 1 jam setengah kat FLOATING MARKET..

ICE DOME
dh nama ais kan..semestinya ada ais kan..heheh..dlm ni ada mcm2 bentuk ukiran daripada ais,siap dengan lampu..mmg cantikla..kak milah kata depa rajin tukar bentuk dlm ni..sbb aritu dia mai lain,ni bentuk lain pulak..masjid putrajaya pn ada tau..nk tau lebih lanjut silalah goggle na..nk cita banyak pn xtau sgt..harga tiket utk budak2 150bath = rm15.00 manakala dewasa 300bath= rm30.00 (dpt baju dan sarung tangan skali)dalam mmg sejuk sgt..rasa kalo budak kecik lagi xyah la bawa masuk..sbb ksian..cik blog pn xtahan sgt..hidung mcm nk berair..kak milah lagila..dia trus kuar awai..sapa yang tahan okla..masuk tangkap gambar pastu kuar trus..sapa yang nk masuk..sila la pakai stokin tebal..kasut bertutup..kami suma kan p mcm tu ja..xsangkala sesejuk ni kan..wlpn dh pakai sweater yang depa bagi..pn tetap terasa sejuk jugak..amik gambar mn patut pastu kuar trus..rasa xsampai 45 minit kot dok dlm tuh..(bila pikir balik mcm rugi kan masuk sat ja RM30.00)boleh mcm tuh??? tp bila lagi nk nk try masuk..sapa yang tahan tu dokla lama mana pn..
sebelum masuk posing dulu ngan bear besar..
kat luar ICE DOME ada mcm pesta sempena sambut krismas kot..
uniform kami..dh mcm rupe angkasawan dh :)
HAT YAI ICE DOME
salah satu bentuk yg ada..
boleh gelunsur kat sini..nnti staf akan bagi karpet kecik utk lapik punggung kita
kalo x basah la nnti..buat la bnyk mana nak..selagi mampu ok
cik blog ngan kak milah
mak ngan kak zainah
abg elias,kak zainah,mak,cik blog,adlina n akmal
asif tlg amik gambar...masa ni kak milah dh keluaq dh..dia xtahan dh sejukkkkk
abg elias dengan bentuk masjid putrajaya
salah satu bentuk mini bar

dah settle suma,kami tggu dekat uncle tu kat luar..pastu trus antar balik kat depan hotel..kak milah kata nnti makan malam dekat berhampiran hotel..
HAMID RESTAURANT HATYAI
jalan-jalan jumpala restoran ni..disebabkan yang ni ja yang dekat..sbb mak ngan kak zainah dah mengantuk..badan pn dah xlarat..so trus masuk kedai ni..orang pn ramai jugak..dalam hati dok kata msti sedap tomyam dia..nampaknya sangkaan ku meleset tau..hampa belaka..cik blog order bihun tomyam ayam..pedas sgt dan sgt masam..sapa yg xmakan pedas mmg xleh makanla..rasa bibir ni tebal sgt..makanan lain pun sama jugak..kira makan malam tu xsedap langsung :(


lepas makan..mak ngan kak zainah nk balik hotel dh..akmal tolong temankan hantar balik sampai hotel..asif plak tunggu abg elias p toilet..cik blog,kak milah ngan adlina jalan2 area situ..nk tgk suasana mlm kat depan Pink Lady Compleks dan Lee Garden Hotel..sempat la jugak pi urut kaki kat salah satu kedai yang ada kat sebelah ngan restoran tuh..banyak sangat kedai urut..pilih ja pakej yg ada..cik blog,kak milah,adlina n asif kami pilih nk buat kaki dan badan..badan tu bukanlah dia picit badan suma..cuma picit kepala sampai bahu..masa nk duduk nnti depa akan tanya nk tukang urut laki dan pompuan..harga 250bath = rm25 selama hampir 1jam kot..(heheh..lupa dah)

pas urut pi cari makan pulak..sbb lapaq..tadi kan mcm xmakan ja..sbb xsedap..so gerai tepi jalan mmg banyak..(yang islam la)ada jual rojak,air,udang goreng,ayam goreng,ketam goreng..
 besaq kan udang dia..harga xsilap 250-400 bath mengikut saiz = RM25.00 - RM40.00
bila kita nak beli,nnti baru dia panaskan balik..

baru tahu kenapa orang malaysia tambah plak hat lelaki suka mai HAT YAI..bila malam2 nampakla gelagat mak ayam,anak ayam yang cr mangsa...jgn hairan kebanyakkan lelaki MELAYU kita na..mungkin bnda ni dh biasa bagi depa kan..entahlah..apa nak jadi dgn dunia sekarang...

bisik-bisik: tut-tut ka tuk-tuk??? yang mana btoi ha???


bersambung ke part 2 dan terakhir..(sbb pi 2H1M ja) walaupn n3 yang sikit tp amik masa yang lama ya nk buat..sbb kemalasan melanda jiwa..peram sampai kat 2 bulan yaa :)