Thursday, January 21, 2010

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka)

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...) Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Kenapa Menyusahkan Aku???

smlm aku hangin jugakla..mana x nya..b4 ni aku dok wat surat pengesahan student biasa ja...n xla rs menjadi masalah kepada aku kan..sejak KTMB dh war2kan dlm tv n paper..yg ada DISKAUN untuk student..apa lagi..hari2 makin ramai plak yg mai mintak surat tu kat aku..mula cm x pecaya jgk..last aku tanya sndiri..kak x pecaya ka..nk tgk iklan tu..(sbb aku skrg dh jrg tgk tv or berita)..byk dok dlm bilik aku ja..aku pn mls la..n x baca pn iklan yg student nk bg tu..

mula2 sikit ja ok lagi la kan..last sampai dh 1 kelas mai serbu aku..n bayangkanlah kalo semua student 1 uitm ni pakat dok mintak surat tu kat aku kan..n aku sorang ja tau yg buat surat tu..di ulangi aku SORANG ja..n yg tension setengah tu siap ngada2..kak bila boleh siap..cepat x..lama x..adoi..aku ni apa..robot ka oi...keja tu ja yg aku buat ka..bnyk lg bnda penting tau..

last aku bising2 n bgtau bos aku..n mulala edisi kami mencari iklan KTMB tu..nk tgk apa yg diperlukan..last siasat punya siasat...pihak KTMB kata xyah surat..cuma photostat kad pelajar ja..HAAA...hampeh betoi..ya lah..kalo nk surat gak..bayangkan 1 uitm lebih kurg 6000 student tau..6000 bkn 6 atau 60 orang ja..cmni letterhead cepatla laku kat kewangan..

so bg yg dh lepas..yg aku dh kena ngan bdk2 ni..aku abaikan..kira nasib aku la..n sekarang aku dh xbuat surat tu..cm buat surat yg betul2 penting ja..PTPTN ka..ZAKAT ka..TAMAT ka..last print n A3 kan iklan pasal kad diskaun KTMB tu n lekat dekat kaunter..bila tanya..nnti tnjk ja iklan tu n baca..x paham gak..punya pasai hampa la..ngaji tinggi kan..!@#@!#@#$#%$%*%^&^$....kang xpasai2..ringan ja mulut aku ni..sabar2..astagfirullahalazim.

bisik-bisik: student ni mmg makin lama n makin hari naik lemak ja..bagi betis nak paha plak..fuh..sabar je lah...

Wednesday, January 20, 2010

Buang Ayah Tepi Jalan

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.


“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.


Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.


Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.


Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.


Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.


“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.


“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.


Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.


Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.


bisik-bisik: pg smlm dlm keta aku dgr radio era..pak nil sdg telefon pakcik ni..sedih sgt dengar pakcik tu ckp..sampaikan dia kata..pakcik maafkan anak pakcik..(anak pakcik ni lelaki) n bagi menantu pakcik..pakcik x akan maafkannya sampai mati pn..(lebih kurg mcm tu la)..n kalo anak pakcik nk ziarah pakcik..pakcik izinkan..TP pakcik x izinkan menantu pakcik dtg..sampai mcm tu sekali kan..
apa pn semoga menjadi iktibar kpd kita suma..aku pn mls nk ckp lebih2..maybe ada cerita tersurat disebalik suma ni..TP xkan sampai ayah sndiri pn sampai sanggup kita buat mcm tu..TEPUK DADA TANYA IMAN&HATI

KISAH MODEN YANG PENUH TELADAN

Kisah1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60.TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba.Pinjaman Kereta,Kad Kredit,Pinjaman Rumah,Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Friday, January 15, 2010

Pencari Jalan Mu - Afgan

Telah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung selama nodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasih-Mu

Reff:
Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuat hingga kini

Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalan-Mu

Bersihkan terangi hariku

Tiada yang ada selain-Mu
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkan-Mu

Aku yang hanyalah manusia
Yang mencari jalan-Mu
Yang pasti kembali pada-Mu

Back to Reff:

bisik-bisik: afgan again..tp lagu ni lain dr yg lain..aku rasa lirik yg penuh makna n dekatkan diri kita n cinta kita kpdNYA...aku hanya hamba yg lemah dan hina..

Wednesday, January 13, 2010

MaLaS Pi SeKoLaH???

actually bnda ni dah lama n dh berkurun tahun berlaku..hehheh....since aku br masuk sekolah darjah 1..lama gila kan...aku jmpa surat ni pn masa kemas stor n almari arwah walit..simpan segala suma kitab2 n surat2 masa zaman walit keja dulu..n pindahkan dlm stor luar umah..kemas punya kemas tjumpala surat khazanah aku ni..heheh..

walit tulis surat ni n bg dekat cikgu sekolah...zaman aku xmau pi sekolah dulu..hahahah..dulu cm takut ja nak pi sekolah..takut cikgu pukul..sampai la walit aku tulis surat kat cikgu..hahahahah..gila punya nakal kan aku dulu..last2 dh besar nasib baik la jadi insan yg berguna kan..hahhahah..alhamdulillah...dulu kan zaman xtau bnda pa lagi..hahhhaa..ayat nk cover diri sendiri la tu..sapa yg minat nak baca surat tu sila la klik imej tu untuk lebih besar..



(klik imej untuk lebih besar)

tgkla..tarikh surat tu..24 Januari 1990..wow..dh 20 tahun tau...hahhaha..kira bleh jadikan ni sebagai harta n khazanah lama la kan..n dh leh msk muzium ni..hehehehe..perasan kan..harta yg paling bernilai untuk diri aku..pas jumpa aku siap simpan n terus scan..takut terkoyak plak nnti..nnti ada masa nk liminited..nnti leh tnjk kat anak,cucu aku..hahhah..betul x...kenangan lama tu..

dh la lama..pastu tgk pd ejaan..kira ejaan org dolu-dolu la..zaman2 dolu kala..bila baca balik cm lawak ja..heehehe..xsangka kan aku dulu mcm tu skali malas nk pi sekolah..bila ku tnjk surat ni kat org..suma pakat gelakkan aku balik..tmasukla mak n kak aku..hampeh btoi..

huaaa..teringat balik kat walit...dh lama walit "pergi"..Allah lebih sayangkan walit..walit n mak aku mmg garang orangnya..garang dlm mendidik anak2..tp anak2 mcm ni jgk..hehehehe..

bisik-bisik: agak2 zaman sekarang ada lg x budak2 yang malas nak ke sekolah..tp rasanya xla sampai ibu bapa nk tulis surat kan..skrg ni zaman dh moden n maju..pakai sms ja..hehehhe...

Monday, January 11, 2010

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO .......

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....

************************************************************************
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi

Thursday, January 7, 2010

Johnny Steamboat @ Jusco Perda

minggu lepas nya cita..kira tahun lepas la..heeheheh..time rehat aku,kak yah n maz pi mkn kat Johnny Steamboat..masing2 mmg x penah try lagi mkn kat situ..asyik dgr org ja mkn..n kami pn try la..dh la aku ni pn kalo yg pelik2 mmg xmkn..heheeheh..so hentam sajala..belum cuba belum tau kan..so on ja..kak yah plak mmg rajin wat stemboat sndiri kat umah..siap beli periuk stemboat lagi..heheheh..bila ha nk ajak kami pi umah..hahahah..x malu..org x ajak pon..

me n kak yah

cik ct maznah..xpn maz ja nama panggilan..

nasi ayam bbq..kalo xsilap la..aku punya

nasi goreng belacan..mmg bnyk belacan tau..kak yahnya

nasi goreng hot n spice..maz order..

bahan2 stemboat tu..

yg petak n yg bola2 cm fish ball tu mmg aku xleh mkn..huahahauahau..
asal pelik n rasa lain ja..mula la aku ni..

ingatkan dh xabih mkn..ya la..masing2 order nasi pastu + steamboat..steamboat pn amik yg set yg 2 org mkn..tp kalo 4 org mkn pn ok ja..bnykla..kuah aku amik kuah tomyam..takut yg biasa nnti xlalu plak..aku kn seorg yg pelik..hehehehe..nasi maz jgk yg sedap..nasi goreng hot n spice

rs pasni kalo nk pi mkn g..aku mkn nasi kot..xpn amik steamboat yg aku bleh mkn ja..hahhahah..cerewet kan aku ni..bkn cerewet la..mmg xmkn..seafood pn aku xmkn tau...udang dlm tu kak yah n maz..hehheh...kalo nk cita bnda pa yg aku xmkn..sampai bila pn xabih..tgkla..ada ms aku wat n3 apa aku xleh mkn....hehheh..syok sndiri plak..

Wednesday, January 6, 2010

Aku Wanita Biasa - Krisdayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Reff:
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Back to Reff

Maafkan aku

bisik-bisik: lagu indon lagi kan..hhaahahah..aku ni mmg suka sgt lagu,lirik n tone suara penyanyi dr seberang n ikut sesetengah artis la..bg aku suma best2..bknnya artis malaysia x ok..ok jgk..tp artis indon lagi menusuk kalbu ku..hahahaha..bkn aku x sokong artis malaysia tau...skrg pn dh ada trend artis malaysia yg ada tone suara cm tu..hahahha.pengakuan ni..aku pn wanita biasa jgk..layann..

Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT BERTUNANG SU!!!

cantikkan su dgn serba oren...hehehe

02/01/2010- sabtu..suhaila binti mohd noor selamat ditunangkan dengan pasangannya...cewah..cm pembaca berita plak aku ni...heheeh..su ni kira pangkat adikla..hari su tunang aku n kawan2 suma kena keja pendaftaran pelajar lama..so aku,maz n kak yah pi lepas keja..cantik sgt su dgn pakaian serba oren..(kaler yg su impikan n cari2 sgtkan)

lupa plak aku nk snap pic hantaran..cntik sgt drp pihak laki..kim..(heeehhe..btul x)..untuk pic yg bnyk sila tgk blog su k..heheheh..nasi n lauk yang mak su msk sedap sgt..heeheh..org lapar kan...dhla baru balik keja kan..hahahha..

so kepada su selamat mengharungi alam pertunangan..n tabah menghadapi suma dugaan..sbb dengar org ckp time tunang ni la mcm2 dugaan..n cepat2 wat kenduri tau,..xsabar nk mkn nasi minyak..hahahaha.. n semoga bahagia..tahniah sekali lagi diucapkan..

Monday, January 4, 2010

HEPI .NEW .YEAR .2.0.1.0.

Selamat tahun baru diucapkan kepada suma..hehheh..sory lmbat sgt n3 thn baru aku ni..cm besa..sempena thn baru ni..dgn semangat baru,azam baru..bg azam yg xdpt ditunaikan thn lepas..why not thn ni try lagi..hehheheh..

semoga apa yg dihajati n di azamkan akan tertunai n tercapai pd thn ni..insyaAllah..mudah-mudahan..aku pn bnyk jgk azam thn baru ni..hahahhah..

aku doakan semoga suma bergembira dgn thn baru,azam baru,semangat baru,impian baru ka..apa2 ja yg baru.keta baru ka..umah ka..family baru..kehidupan yg baru..apa2 je lah..hehhehheh..gunakan masa n peluang thn ni dengan sebaik2nya..n segala kenangan pahit manis,masin,masam, suka duka thn lepas biarlah mnjadi kenangan yg abadi..amin..

HoReY..yEpIiii.....!!!

jam 10 pagi hari khamis lepas..31/12/2009..kak aku call dr umah..bgtau mlm tu aku kn blanja mkn..hairan jgk aku kan..last kak aku bgtau aku dpt TUNTUTAN REBAT TUNAI KENDERAAN..msti suma org tkejut kan..n bnda ni biasa ja..

meh aku cita..kalo ikutkan aku patut dapat rebat ni masa aku renew roadtax keta aku..hujung bln 3..means dh 9 bln br aku dpt la bnda ni..akhirnya alhmdulillah dpt jugak aku..sama cm suma org kan..kira adil la..suma dpt..aku pn dpt gak..

tapi elok la dh berkarung aku kutuk n marah org pejabat pos tu..hehehehhe...ingat lagi mula aku nk klim rebat ni..aku beratur kat pej pos pmtg pauh..dh la org ramai beratur..ok..aku tggu ja..ya la..sbb nak dpt duit kan..sapa yg xmau kan..sampai turn aku..bg borang org tu ckp eh..cik xbleh klim la..sbb dh lepas..setahu aku.last klim bln 4..n dia ingat aku dh klim b4 ni..haiya..kalo aku tau la..penat ja beratur panjg td kan..apalagi balik trus la..

siap pos pakai pos laju lagi..hehhehe..thanks ya pejabat pos..

sama ja cm org len dpt..hehehehe..

mula geram jgkla..kenapa aku xleh dpt..b4 aku blah..org kaunter suh aku isi borg tulis nama,alamat,ic aku..mula mmg la mengharap..pastu pk balik xpala..mybe dh bkn rezeki aku..aku bc kot situ la..ya la..sbb dh lama kan..dh berapa bln..

tp alhamdulilah..rezeki berpihak kepada aku..Syukur alhamdulilah..rupanya ada jgk rezeki aku..rezeki hujung tahun..cuma lambat ja drp suma org..heheheeh..so x sia2 la aku beratur panjg2..n isi borg tu..hihihihi..moral yg kita dpt..hehehhe..buat aku la n org yg mcm aku..hahahhaha

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

bisik-bisik: Allah Maha Mengetahui..