Thursday, August 27, 2009

Fadilat-fadilat Menunaikan Sembahyang Tarawih.

Malam 01:
Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,mendapat keampunan dari Allah.

Malam 02:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembayang tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 03:
Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kita meneruskan sembayang tarawih terus menerus,semoga Allah mengampunkan dosa kita.

Malam 04:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab taurat,injil,zabul dan al-Quran.

Malam 05:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembayang di Masjid Haram,Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

Malam 06:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembayang tarawih pada malam ini.

Malam 07:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam 08:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.

Malam 09:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10:
Allah S.W.T.mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari kiamat dengan muka bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13:
Datang ia pada kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan kebaikan

Malam 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat

Malam 15:
Semua malaikat yang menanggung Arasy,Kursi,berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkan dosanya

Malam 16:
Allah S.W.T.tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Malam 17:
Allah kuniakan orang yang bertarawih pahalanya pada mala mini sebanyak-banyak pahala nabi-nabi

Malam 18:
Seru amalikat: Hai hamba Allah!Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan ibu bapa engaku (yang masih hidup atau mati)

Malam 19:
Allah S.W.T.tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru harta di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah S.W.T.binakan kepadanya sebuah Bandar di dalam syurga.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini.

Malam 25:
Allah S.W.T.angkatkan daripadanya seksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada mala mini seumpama setahun ibadat.

Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malamini ketangkasan melintas atas titian siratul mustakim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah S.W.T.kurniakan kepadanya pahala 1,000 kali haji yang mabrur.

Malam 29:
Allah S.W.T.beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,lalu berfirman:Hai hambaku!Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin hendak makan di dalam syurga.Dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama ‘Salsabila’serta minumlah air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.yang bernama ‘Alkauthar’.

2 comments:

  1. waa...your 2nd entry! bgs, bgs.. hehe.. ;P

    ReplyDelete
  2. thank u..masa ni xtau lg nk letak pa..so..copy n paste je lah..hehehh..wlupn dh berapa hr posa..

    ReplyDelete