Situasi 1
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak cukup masa la. Kerja saya banyak. Saya memang busy memanjang.
Pengajaran: Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan. Maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.
Situasi 2
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadah saya tu?
Pengajaran: Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Jika kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T nescaya ibadah kita akan diterima Allah S.W.T. Insya-Allah.
Situasi 3
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak tahu cara-cara nak solat. Mak ayah saya tak pernah ajar sebab mereka pun tak solat.
Pengajaran: Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan.
Situasi 4
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Suka hati sayalah. Kubur masing-masing. Tolong jangan jaga hal saya.
Pengajaran: Terimalah teguran positif dengan hati yang terbuka, supaya diri kita sentiasa berubah menjadi lebih baik.
Situasi 5
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya penatlah. Saya betul-betul tak larat. Boleh tak saya solat esok je?
Pengajaran: Sepenat-penat kita, janganlah kita tinggalkan solat kerana setiap perbuatan kita dicatat oleh Malaikat di bahu kanan dan kiri kita (Malaikat Raqib & 'Atid).
Situasi 6
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Sebab saya memang dah biasa macam ni. Rilekslah. Alim sangatlah awak ni. Tak rugged langsung!
Pengajaran: Jangan lupa, bumi yang dipijak ini milik Allah S.W.T. Bila-bila masa dia boleh 'gulung' bumi ini.
Situasi 7
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Alah nantilah aku solat. Aku muda lagi. Nanti tua aku taubatlah.
Pengajaran:
Kita tidak tahu ajal kita bila. Boleh jadi hari ni, esok, lusa? Sekiranya gugur sahaja daun kita dari pokok yang terletak di Arash Allah S.W.T, maka bersedialah Izrail untuk memanggil kita pulang. Persoalannya, BERSEDIAkah kita ketika itu?
Pernahkah anda jumpa situasi di atas?
Pernah atau tidak pernah, itulah jawapan-jawapan lazim yang biasa kita dengar dari masyarakat Islam. Islam mungkin hanya pada nama, ataupun mungkin saja hanya pada ic, ataupun hanya pada pegangan.
Berpegang pada kefahaman Islam, tetapi tidak solat. Mungkin mereka terlupa bahawa, solat itu adalah tiang agama. Jangan kita lupa berterima kasih kepada Pencipta yang datangkan kita ke dunia ini.
sumber: mukabuku
KAYA
-
Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun
bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong
membe...
9 years ago