Friday, August 28, 2009

Maksud "RaMaDHaN"

RAMADHAN

ر “ro” – Keredhaan daripada Allah s.w.t

م “mim” - Keampunan daripada Allah s.w.t

ض “dod” - Jaminan untuk mendapatkan syurga

ا “alif” - Aman selamat sejahtera daripada api neraka

ن “nun” - Sinar cahaya keimanan, ketaqwaan daripada Allah

bisik-bisik: sebenarnya nk buh huruf jawi..tp dh cr dlm pc xjumpa..xpn aku yg xpandai...hehhehh..harap2 org suma bleh paham la no..
bisik-bisik: thanks cekgu amy..kn dh dpt cr huruf jawi tu..hehheh..kan apa kn cekgu jgk yg tlg...heheheh..makacih no...

Thursday, August 27, 2009

Fadilat-fadilat Menunaikan Sembahyang Tarawih.

Malam 01:
Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,mendapat keampunan dari Allah.

Malam 02:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembayang tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 03:
Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kita meneruskan sembayang tarawih terus menerus,semoga Allah mengampunkan dosa kita.

Malam 04:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab taurat,injil,zabul dan al-Quran.

Malam 05:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembayang di Masjid Haram,Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

Malam 06:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembayang tarawih pada malam ini.

Malam 07:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam 08:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.

Malam 09:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10:
Allah S.W.T.mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari kiamat dengan muka bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13:
Datang ia pada kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan kebaikan

Malam 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat

Malam 15:
Semua malaikat yang menanggung Arasy,Kursi,berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkan dosanya

Malam 16:
Allah S.W.T.tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Malam 17:
Allah kuniakan orang yang bertarawih pahalanya pada mala mini sebanyak-banyak pahala nabi-nabi

Malam 18:
Seru amalikat: Hai hamba Allah!Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan ibu bapa engaku (yang masih hidup atau mati)

Malam 19:
Allah S.W.T.tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru harta di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah S.W.T.binakan kepadanya sebuah Bandar di dalam syurga.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini.

Malam 25:
Allah S.W.T.angkatkan daripadanya seksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada mala mini seumpama setahun ibadat.

Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malamini ketangkasan melintas atas titian siratul mustakim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah S.W.T.kurniakan kepadanya pahala 1,000 kali haji yang mabrur.

Malam 29:
Allah S.W.T.beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,lalu berfirman:Hai hambaku!Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin hendak makan di dalam syurga.Dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama ‘Salsabila’serta minumlah air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.yang bernama ‘Alkauthar’.

Wednesday, August 26, 2009

Hai


salam perkenalan kpd suma...hahahahaha..aku budak br kat dlm dunia blog ni..heheheheh..cm lawak ja kan..padahal org2 kat luar sana dh bertahun mula blog selain aku...nasib baik la ada cekgu yg tlg ajarkan..thanks ya cekgu amy..yg berjaya ajak aku untuk mulakan blog ni..dr mula sign in sampaila ajar aku cmna nak mulakan mengarang,menghias,edit n bla..bla..bla..ni pn xla terror sgt..xpa..kalo xtahu nnti tnya ja cekgu amy...heheheheh